Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

United 'bakar' $1.7b untuk pemain: Ketua baru

Kenyataan Arnold dirakam secara rahsia dalam pertemuan dengan penyokong bagi elakkan bantahan
Jun 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Ketua eksekutif Manchester United Richard Arnold mengelakkan satu bantahan yang dirancang di luar rumahnya, dengan menemui sekumpulan peminat di sebuah pub tempatan.



Arnold, yang dilantik Februari lalu, mendapati para penyokong itu bertemu di pub tersebut sebelum bantahan yang dirancang dan beliau pergi menemui mereka dan membelikan mereka minuman.



Beliau membincangkan beberapa perkara berkaitan kelab itu dan sebahagian perbimcangan tersebut dirakam secara rahsia dan dimuat naik di Twitter.



Arnold, 51 tahun, nampaknya dirakam mengatakan United telah "membakar" sebanyak £1 bilion ($1.7 bilion) untuk pemain sejak beberapa tahun lalu.



Namun, beliau juga berkata wang yang pengurus baru Erik ten Hag dan pengarah bola sepak John Murtough mahu belanjakan untuk pemain baru "ada".



Jurucakap kelab memberitahu Sky Sports: "Richard Arnold mendengar bahawa sekumpulan peminat berkumpul di sebuah pub berhampiran rumahnya.



"Beliau kemudian pergi menemui mereka, mendengar pandangan mereka dan menjelaskan apa yang kelab lakukan untuk mencapai kejayaan di padang, memperbaiki stadium dan mengukuhkan hubungan dengan penyokong".



Dalam video itu turut kedengaran perbincangan Arnold yang ditanya mengenai pelbagai perkara, termasuk usaha United mendapatkan pemain midfield Belanda Frenkie de Jong daripada Barcelona.



Beliau berkata kelab "kehilangan banyak duit" tetapi "wang yang pengurus dan pengarah mahukan itu ada".



Erik ten Hag, bekas jurulatih De Jong di Ajax Amsterdam, telah mengambil alih tugas pengurus daripada Ralf Rangnick hujung musim lalu, dengan Arnold lebih suka melupakan kegagalan lalu.



"Ia adalah mimpi ngeri. Saya benci setiap perlawanan," katanya kepada peminat.



Arnold, bagaimanapun, juga mengkritik bantahan peminat yang diadakan pada banyak perlawanan terakhir United di tempat sendiri musim lalu.



Peminat mengadakan pelbagai bantahan terhadap pemilikan keluarga Glazer ke atas kelab Old Trafford musim lalu pada perlawanan di tempat sendiri dan padang latihan.



Dalam pada itu, penyokong United dan petinju Tyson Fury menyelar "primadona" pasukan itu dan menyalahkan pemain bagi musim buruk musim lalu.



Fury berkata pengurusan tidak seharusnya dipersalahkan, namun bilik persalinan memerlukan pemimpin kuat seperti Sir Alex Ferguson.



Beliau turut menyalahkan usaha sambil lewa pemain, merujuk kepada sesetengah pemain yang percaya mereka layak beraksi atas dasar populariti dan status.



"Saya tidak faham kenapa mereka tidak mengejar bola sehingga 90 minit. Ramai menyalahkan pengurus, jurulatih tetapi sebenarnya ramai primadona di United dan perkara paling baik dilakukan ialah menyingkirkan mereka semua.



"Mereka perlukan seorang yang benar-benar tegas seperti Ferguson," ujarnya.



Fury juga percaya kehadiran Cristiano Ronaldo membuat pasukan itu tidak tenteram apabila pemain muda berasa dibayangi bintang Portugal itu.



"Apabila anda ada bintang seperti Ronaldo, semua orang berharap kepadanya untuk menjaringkan gol. Tetapi tanpa Ronaldo pun mereka tetap dapat menjaringkan gol, seperti musim sebelumnya.



"Saya tidak katakan Ronaldo aset buruk, dia aset hebat tetapi kadangkala dengan pemain bintang, dia membuatkan pemain muda terasa dibayangi kehadirannya.



"Pemain muda tidak mendapat peluang menyinar kerana 'Ronaldo hebat' ada di padang." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >