Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

United benam Tottenham perkukuh tempat kedua

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer berkata perlawanan pasukannya dengan Tottenham Hotspur telah hilang arah meskipun selepas United menundukkan lawan 3-1.



Ini selepas gol yang dijaringkan oleh Edinson Cavani dibatalkan selepas penolong pengadil video (VAR) mendakwa seorang lagi pemain United Scott McTominay telah mengasari pemain Spurs Son Heung-min sejurus sebelum gol tersebut dijaringkan.



"Jika beliau (Son) anak lelaki saya dan beliau tidak dapat bangun (selepas insiden) itu dan memerlukan bantuan rakan sepasukan untuk membantunya bangun... beliau tidak akan mendapat makanan daripada saya kerana perkara itu memalukan," kata Solskjaer.



"Perlawanan itu hilang arah."



Son, selanjutya, membuka tirai jaringan untuk memberikan Spurs kelebihan satu gol.



Namun Fred, Cavani dan Mason Greenwood masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu United bangkit dan memenangi perlawanan.



"Jika insiden itu melibatkan kesilapan oleh pengadil... ia perlu diteliti semula kerana gol yang dijaringkan adalah jelas dan ia adalah gol yang baik.



"Mereka (pengadil) tertipu. Kami tidak tertipu, tetapi pengadil yang tertipu," ujar Solskjaer lagi.



"Malangnya, pengadil telah memutuskan kita tidak bermain bola sepak... atau VAR yang membuat keputusan itu. Saya masih berada dalam kejutan gol itu dibatalkan pengadil."



Diminta mengulas mengenai hujah Solskjaer itu, Mourinho berkata:



"Sebenarnya, saya ingin memberitahu anda bahawa anda tidak bertanya saya dahulu mengenai komen Solskjaer tentang Son kerana seperti yang saya beritahu Solskjaer baru tadi, saya ingin tahu apakah reaksi yang beliau inginkan apabila berkata beliau tidak akan memberi makanan kepada anaknya jika anaknya berkelakuan seperti Son?"



Menambah, Mourinho berkata keadaan itu amat menyedihkan.



"Bagi saya Sonny (Son) amat bertuah kerana bapanya orang lebih baik daripada Ole. Saya juga seorang bapa dan bagi saya, seorang bapa bertanggungjawab memberi makan kepada anak-anaknya, tidak kira mereka berbuat apa sahaja.



"Sebab itu, saya berkata saya amat kecewa kerana selepas lima enam soalan, anda masih tidak bertanya perkara ini mengikut konteks yang kata-kata itu diutarakan," kata Mourinho bercakap kepada media di sidang media selepas perlawanan.



Mengulas mengenai peranan VAR dalam perlawanan tersebut, Mourinho, yang sebelum ini pengkritik kuat sistem tersebut berkata:



"Keadaan pada masa ini sukar bagi semua pihak. Bagi kami sebagai pemain dan bagi pengadil. Banyak keputusan yang bercanggah diambil dan keputusan itu kebanyakannya tidak dapat difahami. Tapi itu bukan masalah saya, saya tidak berdaya menghuraikannya."



Beliau memberi contoh keputusan ofsaid semasa Wolves menewaskan Fulham 1-0 pada Jumaat lalu dan bagaimana gol Liverpool dibatalkan dalam perlawanan dengan Aston Villa yang berakhir dengan kemenangan 2-1 bagi Liverpool.



"Pemain kini tidak meraikan gol kerana kurang pasti gol itu akan dianggap sah,"kata Mourinho lagi.



Dalam pada itu, Gabriel Martinelli menjaringkan gol pertama sejak Januari untuk mengakhiri trend empat kekalahan berturut-turut bagi Arsenal.



Pasukan berpangkalan di London itu menewaskan Sheffield United 3-0, dengan kelab di tangga corot itu semakin pasti akan tersingkir ke divisyen lebih rendah musim depan.



Gol yang dijaringkan Martinelli, 19 tahun itu perubahan positif bagi pemain yang dibelenggu kecederaan sepanjang musim ini.



Dua gol Arsenal yang lain dijaringkan oleh Alexandre Lacazette pada minit-minit ke-33 dan ke-85.



Sheffield United hanya memenangi empat perlawanan di tempat sendiri musim ini dan belum meraih kemenangan sejak diuruskan oleh Paul Heckingbottom sebulan yang lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >