Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

United cuba pikat Messi, Lukaku ke Chelsea dan Foxes minat dapatkan Lingard

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



GERGASI bola sepak England, Manchester United, dikatakan sedang mempersiapkan tawaran saat-saat akhir untuk memancing bekas bintang Barcelona, Lionel Messi, untuk beraksi di Theatre of Dreams.



Destinasi Messi, 34 tahun, seterusnya dikatakan ialah ke Perancis, untuk menyertai Paris St Germain dan berganding dengan bekas rakan sepasukannya di Barca, Neymar.



United dikatakan akan cuba mengambil kesempatan sedang PSG cuba melepaskan sehingga 10 pemain bagi menampung komitmen kewangan yang diperlukan untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut.



PSG juga telah menamatkan minat mereka untuk menarik pemain midfield United, Paul Pogba, ke ibu kota Perancis itu bagi memberi tumpuan 100 peratus kepada mendapatkan tandatangan Messi.



"Ia adalah satu tandatangan yang bukan menjadi keutamaan kelab," kata sumber-sumber yang rapat dengan United.



"Namun, sebagai sebuah kelab utama dunia, United merasakan mereka tidak boleh melepaskan peluang untuk sekurang-kurangnya cuba membawa Messi ke Old Trafford," kata sumber itu lagi.



Sementara itu, penyerang Belgium, Romelu Lukaku, telah selesai menjalani sebahagian ujian kesihatan untuk menyertai semula Chelsea. Malah, dipercayai jika bahagian kedua ujian tersebut berjalan lancar, penyerang Inter Milan itu boleh beraksi seawal Sabtu ini, menentang Crystal Palace.



Lukaku dikatakan pada mulanya mahu kekal di Inter namun akhirnya membuat keputusan meninggalkan kelab tersebut dengan pemilik Inter dikatakan cuba menjual seberapa banyak pemainnya untuk mengaup kerugian yang dialami perniagaan masing-masing dek Covid-19.



Dalam satu lagi perkembangan, Leicester City sedang memantau kedudukan pemain midfield United, Jesse Lingard, 28 tahun, yang dilihat sebagai pengganti sesuai bagi playmaker James Maddison, 24 tahun.



Arsenal dan Tottenham Hotspurs dikatakan berminat mendapat khidmat pemain itu yang telah melahirkan kedudukannya yang terbuka meneroka peluang lain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >