Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United dan City seri, Klopp masih buru kemenangan pertama di Liverpool

Oct 26, 2015 | 09:26 AM



MANCHESTER United dan Manchester City seri 0-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad (25 Okt) malam.


Keputusan itu meletak City kembali ke tempat paling atas liga, dengan hanya perbezaan gol dengan Arsenal, sementara United berada di tangga keempat, dua mata di belakang.


Permainan kedua-dua pasukan agak lembap, dengan penjaga gol jarang diuji.


Liverpool terus gagal mendapat kemenangan pertama di bawah Juergen Klopp, apabila ia hanya mampu seri 1-1 dengan Southampton.


Ia mendahului pada minit ke-78 apabila pemain gantian, Christian Benteke, memanfaatkan bola hantaran kapten James Milner dengan tandukan yang menjulang tinggi masuk ke dalam gawang.


Bagaimanapun, empat minit sebelum perlawanan tamat, Sadio Mane menjaringkan gol bagi Southampton.


Keputusan itu meletak Liverpool di tangga kesembilan dengan 14 mata, manakala Southampton satu tangga di atas mereka disebabkan perbezaan gol.


Sementara itu, Harry Kane mencatat hatrik dalam kemenangan 5-1 Tottenham Hotspur ke atas Bournemouth.


Matt Ritchie meletak Bournemouth di depan pada minit pertama perlawanan, tetapi Tottenham menyamakan kedudukan melalui gol pertama Kane menerusi sepakan penalti pada minit kesembilan.


Dua lagi gol Tottenham dijaringkan oleh Mousa Dembele dan Erik Lamela.


Kemenangan itu meletak pasukan tersebut di tangga keenam dengan 17 mata, manakala Bournemouth kekal di tangga ke-17 dengan lapan mata, dua mata di atas zon penyingkiran. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >