Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

United kutip mata penuh, Ronaldo kecewa digantikan

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick, berkata beliau membuat keputusan berdasarkan keperluan dan kepentingan pasukan setelah pemain bintang, Cristiano Ronaldo, tidak begitu gembira apabila digantikan semasa perlawanan menentang Brentford awal pagi semalam (waktu Singapura).



United, yang menang 3-1, mendahului jaringan 2-0 apabila Ronaldo digantikan dengan 20 minit lagi sebelum wisel penamat.



Sedang beliau meninggalkan padang, Ronaldo dilihat mengatakan sesuatu dan mencampakkan jaketnya.



Menurut Rangnick, reaksi Ronaldo itu adalah "sesuatu yang normal".



"Beliau tidak begitu gembira digantikan tapi hakikatnya beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan. Saya gembira kami boleh melibatkan beliau dalam perlawanan malam ini, lebih-lebih lagi setelah kehilangan Edinson Cavani," ujarnya.



Pengurus asal Jerman itu menambah, keputusannya menggantikan Ronaldo didorong oleh pengalaman mensia-siakan kelebihan dua gol semasa menentang Aston Villa Sabtu lalu, dalam perlawanan di mana kapten Portugal itu terlepas bermain kerana masalah kecederaan.



United seri 2-2 dengan Villa di Villa Park, meskipun mendahului 2-0 dengan hanya 13 minit sebelum wisel penamat.



"Saya beritahu beliau, kita harus belajar daripada pengalaman menentang Villa. Selepas perlawanan itu, saya menyesal kerana tidak merubah formasi kepada lima pemain pertahanan.



"Malam ini, kami mendapati diri kami dalam keadaan yang sama dan saya tidak mahu melakukan kesilapan yang sama.



"Saya beritahu beliau: 'Dengar sini Cristiano, anda 36 tahun dan dalam keadaan fizikal yang hebat, tapi apabila anda menjadi jurulatih anda akan dapat melihat keadaan seperti malam ini daripada kaca mata jurulatih'.



"Tugas saya ialah untuk membuat keputusan demi kepentingan pasukan dan kelab, dan saya harap beliau menyedarinya," terang Rangnick.



Sementara itu, kesemua tiga penjaring gol United di Brentford - Anthony Elanga, Mason Greenwood dan Marcus Rashford - merupakan lulusan akademi di Old Trafford.



Pemain asal Sweden, Elanga, khususnya paling menarik perhatian Rangnick dengan pengurus itu mendedahkan beliau enggan melepaskan pemain itu untuk dipinjamkan semasa tempoh jendela pemindahan bulan ini.



"Sejak hari pertama saya di kelab ini, saya telah melihat betapa berbakatnya pemain ini.



"Beliau hampir-hampir berpindah untuk dipinjamkan ke kelab lain, saya beritahu kepadanya bahawa beliau tidak akan ke mana-mana," ujar pengurus itu lagi. - Reuters.




"Saya beritahu beliau: 'Dengar sini Cristiano, anda 36 tahun dan dalam keadaan fizikal yang hebat, tapi apabila anda menjadi jurulatih anda akan dapat melihat keadaan seperti malam ini daripada kaca mata jurulatih'.



"Tugas saya ialah untuk membuat keputusan demi kepentingan pasukan dan kelab, dan saya harap beliau menyedarinya."
- Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >