Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA EUROPA

United tak dapat elak 'playoff', Arsenal mara terus

Nov 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United gagal memintas Real Sociedad dalam Kumpulan E Liga Europa, walaupun menang 1-0 di San Sebastian, sementara Arsenal turut menempah tempat di kelompok 16 terakhir kelmarin.



United kini berdepan pertembungan playoff menentang pasukan jatuh ke Liga Europa daripada Liga Juara-Juara Februari depan, dengan Barcelona dan Juventus berpotensi menjadi lawan mereka.



Pemain remaja Alejandro Garnacho kelmarin menjaringkan gol tunggal selepas 17 minit, mengatasi George Best sebagai pemain termuda United bukan daripada England yang menjaringkan gol di Eropah pada usia 18 tahun.



Pengurus Red Devils Erik ten Hag memuji "rembatan hebat" Garnacho, seminggu selepas mendedahkan beliau berasa jengkel akan sikap remaja itu pada awal musim.



Situasi itu dijelaskan Bruno Fernandes selepas perlawanan itu. "Dia masih muda tapi dia sedang beraksi dengan sangat baik," katanya.



"Pada awal musim, dia tidak bermain dengan baik. Dia tidak mempunyai sikap terbaik semasa lawatan. Tapi, dia layak menerima peluang yang diberi kepadanya sekarang."



United harus menyesali kekalahan mereka kepada Sociedad di Old Trafford pada perlawanan pertama kerana mereka terlepas kedudukan teratas berdasarkan perbezaan gol.



"Kami menang hari ini, tapi pastinya kami kecewa kami tidak menjaringkan dua gol kerana itulah yang kami perlukan," ujar ten Hag.



"Kami harus menunggu cabutan undi. Kami mempunyai dua perlawanan tambahan dan ia adalah musim sukar tapi kami mempunyai sebuah skuad, kami perlu menanganinya dan kami akan melakukannya."



Cabutan undi bagi pusingan seterusnya akan diadakan Isnin ini.



Arsenal, bagaimanapun, tidak melakukan kesilapan sama apabila kemenangan 1-0 mereka ke atas FC Zurich cukup untuk mengekang PSV Eindhoven dalam saingan Kumpulan A.



Namun, skuad Mikel Arteta perlu bekerja keras bagi mendapatkan tiga mata lepas sepakan awal Kieran Tierney meletak mereka di depan.



Arteta perlu menggunakan pemain simpanan pada babak kedua apabila Bukayo Saka dan Thomas Partey berdepan risiko bagi kunjungan ke Chelsea Ahad ini dalam Liga Perdana.



Gunners bernasib baik apabila percubaan Adrian Guerrero buat juara Switzerland itu disahkan ofsaid.



Sementara itu, Roma menang pertembungan menentang Ludogorets Razgrad 3-1 untuk mara ke pusingan playoff lepas bangkit di padang sendiri. Juara Liga Persidangan Europa itu ketinggalan lepas kelab Bulgaria itu mendahului 1-0 pada babak pertama.



Namun dua penalti oleh Lorenzo Pellegrini dan gol lewat Nicolo Zaniolo membolehkan skuad kendalian Jose Mourinho itu mara.



Real Betis menjuarai kumpulan itu.



Fenerbahce mencatat kemenangan 2-0 ke atas Dynamo Kyiv di padang neutral Poland untuk mengungguli Kumpulan B mengatasi Rennes, sementara pasukan Ukraine itu tersingkir daripada saingan Eropah apabila menduduki tempat keempat.



Pemain gantian Santiago Gimenez menjaringkan gol tunggal ketika Feyenoord menewaskan Lazio 1-0 bagi mendahului Kumpulan F, di mana keempat-empat pasukan menamatkan saingan dengan lapan mata.



Pasukan Belanda itu mengatasi Midtjylland untuk menduduki tempat kedua menerusi gol kemenangan 2-0 mereka ke atas Sturm Graz, manakala Lazio menduduki tempat ketiga dan tercicir ke playoff Liga Persidangan Europa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >