DIBAYANGI kontroversi pemainnya yang cuba memperdaya pengadil dalam kotak penalti, Tottenham Hotspur menerima kunjungan Arsenal malam ini (8.30 malam waktu Singapura) untuk menebus maruahnya dan kembali bersaing bagi menduduki tangga keempat dalam Liga Perdana England yang menjadi idaman
Spurs pastinya tidak ingin tercicir lebih jauh daripada pasukan di atas mereka iaitu Chelsea dan Liverpool, selepas seri di tempat lawan 2-2 ketika menentang Liverpool minggu lalu.