Ura-ura Haaland akan perkuat jentera serangan Man City, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ura-ura Haaland akan perkuat jentera serangan Man City

Pengurus pasukan Guardiola bagaimanapun mungkin 'kehilangan' penyerang England, Sterling
Oct 15, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Barisan depan Manchester City mungkin akan berubah lebih pantas daripada yang dijangka selepas Mino Raiola - ejen bagi Erling Braut Haaland - dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan kelab itu pada Januari ini.

Bintang Norway berusia 21 tahun, Haaland, dianggap sebagai antara penjaring gol paling tajam di Eropah pada masa ini, menyarungi jersi Borussia Dortmund di Bundesliga Jerman musim ini tetapi telah beberapa kali dikaitkan dengan kelab-kelab Liga Perdana England (EPL).

Pada masa yang sama, bintang England Raheem Sterling yang kini menyarung jersi City, dilaporkan enggan meneruskan perbincangan berhubung pelanjutan kontrak di kelab itu, sehingga Pep Guardiola memberinya jaminan mengenai tempatnya dalam kesebelasan pasukan.

Berhubung Haaland, akhbar The Times melaporkan Guardiola amat berminat mendapatkan khidmat pemain itu selepas City gagal mendapatkan Harry Kane pada musim panas lalu.

Haaland masih diikat kontrak dengan Dortmund sehingga 2024, tetapi kontrak itu juga memperuntuk beliau boleh meninggalkan kelab itu dengan bayaran sekurang-kurangnya £64 juta ($118 juta) pada tahun depan.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Difahami, Haaland, anak kepada Alf-Inge Haaland yang menyarung jersi City dari 2000 hingga 2003, berminat menyertai sebuah kelab terkemuka di EPL.

Perkembangan terkini ini menarik perhatian kerana Sterling, yang kini dianggap sebagai antara penjaring gol utama City, telah menangguhkan perbincangan tentang kontrak baru dengan kelab itu.

Media di Britain berkata pemain berusia 26 tahun itu enggan meneruskan perbincangan untuk melanjutkan kontrak yang kini berbaki dua tahun tanpa diberi jaminan tentang kedudukannya dalam kesebelasan utama pasukan.

Dalam 11 perlawanan musim ini, Sterling hanya memulakan empat perlawanan, meneruskan trend di akhir musim lalu, di mana beliau beberapa kali tidak disertakan dalam kesebelasan utama.

Sebaliknya, tempat Sterling dalam kesebelasan utama City telah diambil oleh Phil Foden, 21 tahun, yang bakal menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab itu.

Satu kelab yang sedang mengikuti perkembangan ini dengan penuh minat ialah Barcelona.

Sterling pernah berkata dalam satu wawancara tentang keinginannya beraksi di Sepanyol.

Bercakap mengenai sumbangan Sterling kepada pasukan baru-baru ini, Guardiola berkata pemain itu tetap antara pemain utama City.

"Sebagai penyerang utama, beliau beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan ini. Beliau juga pantas bergerak dan ini membuka ruang kepada pemain-pemain lain.

"Mungkin posisi paling baik baginya adalah di sayap kiri atau kanan. Namun sebagai seorang penyerang di bahagian tengah padang, beliau boleh bergerak lincah dan mencipta peluang gol bagi dirinya sendiri," kata Guardiola.

Dalam pada itu, spekulasi juga kian rancak tentang pemain Liverpool Alex Oxlade-Chamberlain.

Liverpool dikatakan bersedia mahu menjual pemain berusia 28 tahun itu, dengan bekas kelabnya Arsenal berminat mengambilnya semula.

Oxlade-Chamberlain, yang juga pemain England, dianggap sebagai pemain yang penuh potensi, tetapi beberapa kecederaan serius yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu telah mengehadkan peluangnya untuk menunjukkan kebolehan secara konsisten.

Pada masa yang sama, pengurus Liverpool, Juergen Klopp, juga dilaporkan sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan tanda tangan pemain Barcelona Ousmane Dembele, 24 tahun.

Pemain itu berada di pasaran dan boleh diperolehi tanpa sebarang bayaran di penghujung musim ini. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map