Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Ura-ura MU mahu 'pancing' Pochettino dari PSG

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United mungkin boleh mendapatkan sasaran utama mereka untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer lebih awal daripada yang dijangka, dan tidak perlu mendapatkan khidmat pengurus sementara.



Mauricio Pochettino dikatakan terbuka kepada idea menyertai gergasi Liga Perdana England (EPL) itu, dan tidak menolak kemungkinan melakukannya dalam masa terdekat.



Pengurus asal Argentina itu merupakan sasaran utama kelab Old Trafford itu namun pihak pengurusan kelab tersebut berpendapat sukar untuk mendapatkan beliau di pertengahan musim daripada Paris St Germain (PSG).



Namun, meskipun United belum membuat sebarang pertanyaan mengenai kesediaan Pochettino, pengurus berusia 49 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan keadaannya di PSG, di mana beliau hanya memikul peranan sebagai ketua jurulatih dengan isu-isu pengurusan kelab keseluruhannya digalas pengarah sukan, Leonardo.



Pochettino menikmati kuasa yang lebih luas sepanjang lima musim memimpin Tottenham Hotspur dan telah pun melahirkan kesungguhan beliau untuk kembali ke EPL.



Malah, sedang beliau memimpin PSG dan tinggal di sebuah hotel di Paris, keluarganya masih kekal menetap di London.



Bekas pengurus Southampton itu telah memimpin PSG selama 10 bulan dan pasukannya kini menduduki tangga teratas Ligue 1 dengan kelebihan 11 mata, manakala dalam Liga Juara-Juara Eropah pula, PSG hanya satu mata di belakang pendahulu kumpulan, Manchester City.



Menurut sumber-sumber yang rapat dengan pengurus itu, beliau tidak begitu gembira dengan budaya di PSG.



Pasukannya memiliki pemain bintang seperti Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar, namun Pochettino berpendapat ia tidak seimbang.



Bagaimanapun, beliau tidak berupaya membuat keputusan berkaitan pemindahan pemain kerana ia tertakluk di bawah kuasa pengarah sukan. - AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >