PIALA AFC
Usah menanti sedekad lagi
12,000 penonton saksi Tampines mara ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Selangor 1-0 di Stadium Negara
May 12, 2016 | 05:30 AM
EKSPERIMEN Tampines Rovers mencongak kadar sokongan yang mampu digembleng kelab setempat di Stadium Negara berakhir dengan kesudahan yang menggalakkan.
Hampir 12,000 penonton menyaksikan pasukan Liga-S Great Eastern-Yeo's itu menewaskan Selangor 1-0 kelmarin demi menempah tempat ke pusingan kalah mati Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).