APABILA bangunannya yang pertama siap dalam masa lima tahun, Punggol North bakal menjadi seperti 'mini Silicon Valley' di Singapura - sebuah pusat industri digital dan siber keselamatan yang boleh menjana sehingga 28,000 pekerjaan ekonomi digital.
Pelan induk bagi Distrik Digital Punggol seluas 50 hektar telah dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, di pusat beli-belah Waterway Point, sempena pamerannya.