Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA JARING

Usaha sertakan bola jaring di Sukan Olimpik Brisbane

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



MELBOURNE: Bola Jaring Australia, dengan sokongan Bola Jaring Sedunia, mengumumkan sasarannya untuk sukan itu membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Brisbane 2032.



Temasya Tokyo 2020 menyaksikan beberapa sukan baru dipertandingkan buat kali pertama, termasuk karate, papan luncur dan sukan memanjat.



Bola jaring telah disertakan dalam Sukan Komanwel sejak 1988.



England menjadi juara pada 2018 dan akan mempertahankan takhta mereka di Birmingham tahun depan.



"Ia satu berita yang dapat menimbulkan semangat kita selepas Sukan Olimpik. Ia berita yang sangat baik," kata jurulatih England, Jess Thirlby.



Pencapaian England di Sukan Komanwel, dan Piala Dunia Bola Jaring di England pada 2019, yang dimenangi oleh New Zealand, meninggalkan lagi populariti sukan itu.



"Kita ingin pemain muda kita mengimpikan kejayaan Olimpik bagi sukan yang mereka cintai," kata ketua eksekutif Bola Jaring Australia, Kelly Ryan.



"Kita mahu peminat bola jaring, yang merupakan penyokong yang paling bangga dan bersemangat, bersorak untuk atlet kegemaran mereka ketika mereka bersaing sedang seluruh dunia menyaksikan.



"Sukan kita layak untuk dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar dunia."



Bola Jaring Australia akan bekerjasama dengan Bola Jaring Sedunia, Jawatankuasa Olimpik Australia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menjadikan impian Olimpik mereka satu kenyataan.



Thirlby menambah: "Sukan ini dimainkan di lebih dari 70 negara di seluruh dunia, dan di antara mereka, seperti Malawi, merupakan negara yang tidak memenangi pingat di Tokyo.



"Jadi ia menawarkan negara ini peluang untuk meraih pingat Olimpik.



"Kami akur bahawa sukan ini tidak dimainkan secara meluas, terutama dalam kalangan lelaki. Ia satu perkara yang saya yakin bahawa dalam masa 10 tahun, sukan ini akan menjangkaui lebih ramai orang." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >