IMPIAN Irfan Fandi - anak sulung legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad, yang pernah beraksi di Eropah - mengikuti jejak bapanya menjadi seorang pemain profesional dijangka semakin cerah.
Ini menyusuli keputusan kelabnya di Chile, Universidad Catolica, mengemukakan permohonan kepada badan penguasa bola sepak dunia, Fifa, bagi mendapat kebenaran sebelum menawarkan kontrak profesional kepada pemain berusia 17 tahun itu.