Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

USAIN BOLT pemain bola sepak pula...

Oct 28, 2018 | 05:30 AM



MANUSIA terpantas dunia, pemenang lapan pingat emas Olimpik dan dianggap atlit paling lumayan dalam sejarah atletik dunia, Usain Bolt mula melahirkan hasratnya memburu minat 'terpendam' dalam hatinya pada lewat 2016 - menjadi pemain bola sepak profesional.



Hasratnya itu dilahirkan semasa satu temu ramah yang menyentuh pelbagai perkara dengan akhbar Britain, The Guardian, pada 2016 di mana pemegang rekod dunia perlumbaan pecut 100 meter dan 200 meter itu turut akui beliau pernah 'menelan' sehingga 1,000 keping nuget ayam semasa berada di Beijing tidak lama dulu.



Cita-cita Bolt, kini berusia 32 tahun, tentu sekali mahu menyarungi jersi kelab yang disokongnya sejak kecil - Manchester United - tetapi jejak langkah pertama untuk memenuhi hasratnya itu menyaksikan legenda atletik Jamaica ini diundang berlatih dengan Mamelodi Sundowns di Afrika Selatan, Borussia Dortmund (Jerman) dan Stromsgodset (Norway) antara Februari dengan Jun tahun ini.



Baru-baru ini muncul pula pengumuman bahawa Bolt komited "mengikuti latihan bagi tempoh yang tidak pasti" bersama kelab Liga Australia, Central Coast Mariners.



Malah kelab Liga-A itu dilaporkan sudah pun menawarkan kontrak sebanyak AUD$150,000 ($146,479) - jumlah yang boleh dianggap sebagai peanut atau sekecil biji kacang berbanding dengan jutaan dolar yang diraihnya sepanjang kerjaya atletik yang gemilang.



Majalah Forbes sebelum ini mengatakan Bolt menerima bayaran lebih AS$20 juta setahun, sebahagian besarnya melalui tajaan, sebelum beliau bersara daripada atletik tahun lalu.



"Central Coast Mariners mahu memastikan Usain Bolt diberi peluang secukupnya bagi memenuhi impiannya menjadi seorang pemain bola sepak profesional," ujar satu kenyataan kelab Liga-A itu baru-baru ini.



Sekalipun menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan pramusim, persembahan Bolt disifatkan sebagai 'biasa-biasa sahaja' tetapi kelab yang berpangkalan di Gosford itu mengatakan bintang atletik itu telah menunjukkan "peningkatan pesat" dan mereka kini giat meneliti peluang untuk memberikannya "lebih banyak latihan intensif secara individu" serta "pengalaman beraksi dalam perlawanan".



Namun, tidak ramai yang yakin melihat Bolt dapat menggapai kerjaya profesional kedua di padang bola sepak.



"Bagi saya, ia tidak akan berlaku," ujar jurulatih Western Sydney Wanderers, Markus Babbel.



"Bagi Liga-A, ia satu publisiti yang hebat... tetapi saya tidak yakin beliau akan mendapat tempat untuk bermain dalam liga ini."



Bekas jurulatih Socceroos (gelaran bagi skuad nasional Australia), Ange Postecoglou, sependapat sambil menarik perhatian pada cabaran besar yang dihadapi Bolt apabila mengalihkan tumpuannya pada sukan yang baru setelah sekian lama berlatih sebagai seorang pelari pecut.



"Jika anda tidak bermain (bola sepak) sejak usia muda lagi dan mempertajam kecekapan serta teknik anda... memang sukar sekali pada umur lebih lanjut untuk menukar kepada bola sepak dan beraksi pada peringkat tinggi sukan ini," tegas Postecoglou.



Apa jua pandangan itu, kehadiran Bolt sahaja mencetuskan keterujaan di kalangan peminat Mariners - kelab terkecil di kalangan lapan kelab francais asal yang membentuk Liga-A.



Apatah lagi kelab itu dibelenggu kekecewaan sejak beberapa musim lalu - ia menduduki antara tiga tangga corot sejak empat musim lalu.



Namun, suasana mendung itu bertukar menjadi penuh harapan sebaik berita bahawa Bolt menjalani latihan bersama kelab itu pada Ogos lalu.



Hampir 10,000 peminat memenuhi padang mereka di Gosford untuk menyaksikan Bolt beraksi buat pertama kali dalam persiapan pramusim menentang pasukan kesebelasan amatur manakala gol pertama jaringannya menarik sehingga 6.24 juta tontonan di Twitter selain mendapat liputan media antarabangsa.



Sama ada beliau menerima kontrak yang ditawarkan Mariners, ia masih menjadi tanda tanya.



Tetapi menurut ketua Liga-A, Greg O'Rourke, Bolt akan membuat keputusannya dalam masa "beberapa hari atau minggu".



Yang jelas, hasrat atlit terpantas dunia ini begitu membara sekali mahu menguji keupayaannya di padang bola.



Beliau tampak bersemangat. Beliau sedia bekerja keras dan tidak mengambil 'jalan pintas' dalam usaha memenuhi cita-cita yang dipendamnya sejak kecil dulu.



Jika tidak, sudah tentu Bolt 'terjun' sebaik mendapat tawaran daripada kelab juara di Malta, Valletta FC - yang mendapat sokongan pelabur Amiriah Arab Bersatu (UAE) - yang dilaporkan sedia menawarkan kontrak dua tahun kepadanya.



Namun, prospek beraksi dalam liga yang tidak dikenali itu ditolak Bolt.



Mungkinkah Liga-A dan Mariners menjadi pilihannya? - Agensi berita.




ANTARA ATLIT LAIN BERJAYA DALAM DUA SUKAN BERBEZA



Bob Hayes - atletik & bola sepak Amerika NFL

Tidak ramai mengenali Hayes tetapi beliau merubah wajah Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dengan ketangkasannya. Selepas menggondol pingat emas perlumbaan 100 meter dan relay 4x100 meter di temasya Olimpik 1964, Hayes mencatatkan impak hebat dalam dua musim pertamanya dalam NFL - kehebatannya mencatatkan 'touchdown' kemudian memaksa pasukan-pasukan lain mula bertahan kaedah apa yang dipanggil 'zonal defense' serta menggunakan 'bump' dalam usaha menyekat kehebatannya.




Michael Jordan - bola keranjang NBA & besbal

MJ berada di puncak kejayaan bola keranjang selepas musim 1992-1993 NBA selepas pasukannya Chicago Bulls mencatatkan kejuaraan hatrik. Tetapi daripada memburu kejuaraan keempat pada musim selanjurnya, Jordan pilih besbal. Beliau menandatangani kontrak dengan pasukan Chicago White Sox dan bermain sebanyak 127 perlawanan bagi pasukan kedua Sox, Birmingham Barons, sebelum pulang ke pangkuan Bulls pada 1995. Beliau memenangi lagi tiga kejuaraan berturut-turut NBA selepas itu.




Sonny Bill Williams - ragbi & tinju

Dianggap antara pemain ragbi paling berjaya New Zealand, Williams mengalihkan perhatian pada ragbi 'union' selepas beraksi dalam ragbi 'league'. Pada 2015, beliau menjulang trofi kejuaraan Ragbi Dunia (union) bersama All Blacks untuk tampil sebagai antara 20 legenda sukan itu yang pernah merasakan kejuaraan dalam kededua ragbi 'union' dan 'league'. Beliau juga petinju yang handal dan antara 2009 dengan 2013, berjaya memenangi kesemua enam pertarungannya dalam kelas 'heavy' dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >