Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Usain Bolt 'sedih' isu dadah dapat tumpuan di ambang Kejohanan Dunia

Aug 20, 2015 | 04:46 PM



BEIJING: Jaguh pecut dunia, Usain Bolt, melahirkan kekecewaannya melihat masalah dadah - dan bukannya perbualan mengenai para atlit - yang mendapat tumpuan menjelang pembukaan Kejohanan Atletik Dunia di Beijing, China, pada Sabtu ini.


Badan penguasa atletik dunia, IAAF, baru-baru ini pula diselimuti dakwaan penggunaan dadah yang meluas di kalangan atlit. Malah, pesaing utama Bolt di Beijing nanti ialah pelumba Amerika Syarikat, Justin Gatlin - atlit pecut penuh kontroversi yang sudah pun menjalani hukuman gantung dua kali, yang kedua selama empat tahun kerana menggunakan testosteron.


"Ia (isu dadah) mendapat tumpuan utama," akur Bolt, pemenang rekod dunia bagi perlumbaan pecut 100 dan 200 meter.


"Sejak beberapa minggu lalu, saya tidak mendengar lain-lain perkara kecuali doping, doping , doping.


"Hampir semua tajuk perbualan ialah mengenai salah guna dadah dan tentunya ia sesuatu yang menyedihkan.


Tetapi jaguh Jamaica itu segera menepis saranan bahawa beliau merupakan 'penyelamat' bagi sukannya itu dengan mengatakan bahawa beliau seorang diri tentunya tidak dapat mengubah tanggapan negatif itu.


"Mulanya, saya berlari untuk diri sendiri, itulah yang saya lakukan.


"Orang ramai mengatakan bahawa saya perlu menang demi (mengembalikan maruah) sukan ini tetapi terdapat ramai lagi atlit lain yang bersih... Saya tidak boleh melakukannya sendirian


"Saya fikir adalah tanggungjawab semua atlit untuk cuba menyelamatkan sukan ini dan menunjukkan bahawa atletik mampu mengorak langkah besar tanpa dadah," tambah Bolt.


Juara emas pingat emas Olimpik itu berazam mempertahankan kejuaraannya dalam kededua acara - 100 dan 200 meter. Beliau dijangka mula bersaing di pusingan saringan Sabtu ini di stadium ikonik 'Sarang Burung' di Beijing ini - tempat dimana beliau mula meledakkan kehebatannya dengan tiga pingat emas di temasya Olimpik 2008.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >