Van Dijk pemain termahal Liverpool?
LIVERPOOL: Pemain pertahanan kelab bola sepak Liverpool, Virgil Van Dijk, dijangka bakal menjadi pemain termahal dalam sejarah kelab itu, dengan perjanjian gaji £220,000 pound ($385,046) seminggu.
Pemain pertahanan Belanda berusia 28 tahun itu, komited menyambung kontrak selama lima tahun — bernilai £57 juta pound ($99.8 juta) — selepas skuad kendalian Jurgen Klopp meraih gelaran Liga Perdana.
Ini sekaligu menamatkan kebimbangan dan spekulasi bahawa Pemain Terbaik Tahunan PFA itu akan berhijrah ke kelab Perancis, Paris Saint-Germain.
Kelab kaya dari Perancis itu menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahukan Van Dijk semasa musim panas ini, namun pemain itu tidak berganjak.
Ketika ini dia menerima £180,000 pound ($315,000) seminggu dan boleh menambah £100,000 pound ($175,000) lagi daripada jumlah berkenaan di ibu kota Perancis.
Sebaliknya, Van Dijk difahamkan bersedia menerima penambahan £40,000 pound seminggu yang membolehkan beliau mengatasi pemain dibayar paling mahal, Mo Salah.
Penyerang Mesir itu menerima £200,000 pound ($350,000) seminggu. - Agensi