ANUGERAH PEMAIN TERBAIK EROPAH

Van Dijk turut dicalon bersama Ronaldo dan Messi

LONDON: Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Virgil van Dijk disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), kata badan induk bola sukan itu.

Bagi Ronaldo, pemenang tiga kali, beliau sentiasa berada dalam senarai tiga pemain terbaik sejak anugerah itu diperkenal pada 2011 manakala bagi bintang pertahanan tengah Van Dijk pula, ini adalah penampilan pertama dalam senarai elit itu selepas membantu Liverpool menjulang mahkota Liga Juara-Juara musim lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan