LIGA PERDANA ENGLAND

Van Gaal laung MU kembali jadi 'raja' Manchester

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal, 'mendabik dada' dengan melaungkan bahawa pasukan pimpinannya kini merupakan pasukan terbesar di bandar itu selepas kemenangan empatik 4-2 ke atas jiran dan musuh ketat, Manchester City, 4-2 kelmarin.

City pimpinan Manuel Pellegrini telah pun memenangi empat pertemuan lalu dengan United termasuk kemenangan 4-1 dan 3-0 semasa menjulang mahkota Liga Perdana England (EPL) musim lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan