MANCHESTER: Louis van Gaal menegaskan bahawa beliau masih mendapat sokongan penyokong Manchester United yang sekali lagi melahirkan kekecewaan dengan permainan hambar pasukan semasa seri 0-0 dengan West Ham United kelmarin.
Kegagalan menjaringkan gol buat kali kelima di Old Trafford musim ini bermakna empat daripada enam pertarungannya di padang sendiri berkesudahan dengan seri tanpa gol.