Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022

Van Gaal pimpin Belanda ke Piala Dunia Qatar

Norway gigit jari terlepas aksi di Piala Dunia dengan Turkey rebut tempat bagi pertarungan 'play-off'; Wales turut layak ke 'play-off'
Nov 18, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Belanda menempah tempat ke Piala Dunia 2022 di Qatar selepas menewaskan Norway dalam perlawanan kumpulan terakhir.



Sebaliknya, Norway terpaksa menggigit jari dan sekali lagi terlepas mara ke pusingan akhir Piala Dunia.



Wira bagi Belanda ialah pemain Tottenham Hotspur Steven Bergwijn serta pemain Barcelona Memphis Depay yang menjaringkan gol-gol pasukan untuk menjamin tempat Belanda di puncak Kumpulan G dan sekali gus melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan.



Kededua pasukan memulakan permainan dengan berhati-hati dan jarang mengorak langkah untuk menyerang benteng lawan.



Strategi itu akhirnya membawa padah ke atas Norway, yang kehilangan tempat di pusingan play-off kepada Turkey sebagai naib juara kumpulan.



Namun, penyingkiran mereka dari Piala Dunia juga bukan di luar dugaan kerana Norway gagal mempengaruhi perlawanan dan sekadar membuat dua percubaan gol sepanjang perlawanan.



Beraksi tanpa penyerang azimat Erling Braut Haaland, Norway tandus kreativiti dan tiada sentuhan penyengat di bahagian padang lawan.



Haaland, yang kini sedang dipikat beberapa kelab utama di Eropah, menjaringkan gol dalam perlawanan pertama antara kededua pasukan pada September lalu, yang berkesudahan 1-1.



Norway bagaimanapun mempertahankan gawang sendiri dengan bersemangat tetapi pemainnya hilang arah dan menunjukkan kekecewaan selepas Bergwijn menjaringkan gol bagi Belanda pada minit ke-84.



Pada ketika itu, pesaing utama bagi tempat kedua dalam kumpulan, Turkey, sedang mendahului Montenegro 2-1.



Menyusuli itu, Belanda berjaya menggandakan jaringan menjadi 2-0 melalui satu serangan balas, yang disempurnakan oleh Depay.



Kemenangan dan kelayakan ke Piala Dunia itu meneruskan trend kejayaan bagi pengurus Louis van Gaal, yang memimpin pasukan itu ke tempat ketiga di Piala Dunia 2014 - kali kedua beliau diberikan kepimpinan pasukan nasional.



Van Gaal, yang cedera selepas terjatuh dari basikal pada hujung minggu lalu, menyaksikan perlawanan itu dari kerusi roda di tempat duduk penyokong.



Norway tidak pernah melayakkan diri ke Piala Dunia sejak pusingan akhir kejohanan elit itu di Perancis 1998. Ia juga belum pernah melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Eropah sejak 2000.



Dalam pada itu, Wales berjaya mengikat Belgium 1-1 di stadium sendiri untuk meraih tempat di pusingan play-off.



Kevin de Bruyne membuka tirai jaringan bagi pasukan pelawat melalui satu rembatan kencang dari luar petak penalti seawal minit ke-12.



Namun, Kieffer Moore berjaya menyamakan kedudukan dalam separuh masa pertama juga, yang mencetus perayaan besar-besaran di Stadium Cardiff.



Malah, Neco Williams hampir menjaringkan gol di penghujung perlawanan untuk merampas kemenangan bagi Wales, tetapi percubaan kencangnya berjaya diselamatkan oleh Koen Casteels.



Perlawanan akhirnya berkesudahan dengan keputusan seri, yang menjamin Wales ke pusingan play-off di depan penyokong sendiri.



Sebelum itu, Wales telah pun menjamin tempat di play-off berdasarkan rekod mereka dalam Liga Negara-Negara.



Mata yang diraih semasa menentang Belgium ini menjamin tempat kedua dalam Kumpulan E dan peluang beraksi perlawanan play-off di Stadium Cardiff. Ini juga bermakna ia mengelak pertemuan lebih sukar menentang sama ada Italy atau Portugal.



Sebaliknya, lawan Wales di pusingan play-off nanti dijangka adalah Macedonia Utara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >