MANCHESTER: Penyerang Belanda, Robin van Persie, mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak Februari lalu bagi pertemuan Liga Perdana England (EPL) dengan West Bromwich Albion hari ini (12.30 awal pagi Ahad waktu Singapura) sedang Manchester United berusaha mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat.
Van Persie dimasukkan sebagai pemain gantian semasa kekalahan 0-3 United kepada Everton pada Ahad lalu - penampilan sulungnya sejak ditimpa kecederaan buku lali - dan dijangka mempunyai peluang cerah merebut semula tempatnya dalam skuad utama Red Devils.