Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Varane diarah rehat; benteng MU makin rapuh

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemain pertahanan Manchester United Raphael Varane telah disahkan oleh doktor tidak dapat beraksi selama beberapa minggu, melemahkan benteng pertahanan pasukan yang juga telah kehilangan kaptennya.



Varane mengalami kecederaan paha semasa mewakili Perancis menentang Sepanyol dalam Liga Negara-Negara Eropah pada minggu lalu.



Pemain pertahanan lasak berusia 28 tahun itu telah memulakan enam perlawanan bagi United pada musim ini.



Beliau menyertai United dari Real Madrid pada Ogos lalu.



Ketiadaannya menambah kepada masalah yang dihadapi pengurus United Ole Gunnar Solskjaer yang sudah pun kehilangan kapten dan tunggal pertahanan tengah Harry Maguire yang dibelenggu masalah betis.



"Raphael Varane mengalami kecederaan otot di paha dalam final Liga Negara-Negara dan telah memulakan rawatan dan pemulihan di kelab," kata United dalam kenyataannya.`



"Beliau tidak akan beraksi untuk beberapa minggu ini."



Sabtu ini, United menyambung semula kempen Liga Perdana England - selepas tempoh perlawanan antarabangsa - apabila ia bertandang ke padang Leicester City.



Selepas itu, United dijadual bertemu Liverpool, Tottenham Hotspur dan Manchester City, sebelum perlawanan Liga Juara-Juara dengan Atalanta dari Italy. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >