LONDON: Youri Tielemans semalam menjaringkan dua gol untuk membantu Leicester City menang 4-1 ke atas Leeds dan merapat jurang kepada satu mata dengan pendahulu Liga Perdana England Liverpool.
Namun bintang perlawanan itu adalah penyerang veteran Jamie Vardy, yang terlibat dalam tiga gol pertama Leicester - bermula dengan merintis gol pertama bagi Harvey Barnes selang dua minit perlawanan bermula.