Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Vardy gagal sempurnakan penalti, Leicester terikat

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemain gantian Jamie Vardy gagal menyempurnakan penalti dan Leicester City diikat 1-1 oleh Spartak Moscow dalam perlawanan Liga Europa di tempat sendiri, yang mengurangkan peluangnya untuk mara ke pusingan selanjutnya.



Leiceister kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan C dengan baki dua kumpulan dan pengurus Brendan Rodgers akan menyesali kegagalan pasukannya itu yang mensesiakan peluang meraih semua tiga mata dalam perlawanan ini.



Leicester memulakan perlawanan dengan bertenaga dan mengawal permainan, tetapi pasukan pengunjung yang membuka tirai jaringan.



Bekas pemain Chelsea Victor Moses menanduk masuk bola dalam satu serangan balas.



Gol itu mencetus semangat dalam kalangan pemain Leicester yang mula bangkit untuk mengasak Spartak dan Daniel Amartey berjaya menyamakan kedudukan, juga menerusi tandukan kemas ke penjuru gol.



Menyusuli itu, laluan bak terbuka bagi pemain azimat Jamie Vardy yang memulakan perlawanan di bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan, selepas Moses mengasari Ademola Lookman dalam petak penalti.



Namun tendangan penalti Vardy yang lemah berjaya diselamatkan penjaga gawang Aleksandr Selikhov.



Leicester kita ketinggalan dua mata di belakang pendahulu kumpulan Napoli, yang mempunyai tujuh mata selepas ia mengalahkan Legia Warsaw 4-1. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >