Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Venus finalis tertua, akan menentang adik dalam final Terbuka Australia

Jan 27, 2017 | 09:03 AM



MELBOURNE - Venus Williams, 36 tahun, menjadi finalis perseorangan Terbuka Australia tertua selepas membendung tentangan rakan senegara, CoCo Vandeweghe.



Beliau akan bertemu dengan adiknya, Serena, yang mahu menyamai rekod mantan juara Steffi Graf dan merebut semula tempat pertama dalam ranking dunia.



Serena mara ke final setelah mengalahkah Mirjana Lucic-Baroni, 34 tahun, seorang pemain bukan pilihan dari Croatia, dalam perlawanan berat sebelah dan menang 6-2, 6-1.



Bermain dengan lebih konsisten dan tenang, Venus menang dalam tiga set 6-7 (3-7), 6-2.



Venus telah enam kali kalah dalam lapan pertarungan dengan adiknya dalam final belum ini.



"Ia akan menjadi indah," kata Venus mengenai peluang memenangi Slam pertamanya sejak beliau memenangi mahkota Wimbledon kelimanya pada 2008.



Serena, 35 tahun, berkata beliau tidak menonton perlawanan kakaknya tetapi sedar tentang keputusan itu sebelum ke gelanggang.



"Beliau adalah lawan saya yang paling sukar. Tiada siapa yang pernah mengalahkan saya seteruk Venus. Beliau mempunyai rekod yang cukup baik terhadap saya, dan kami mempunyai rekod baik antara satu sama lain.



"Saya berasa, tidak kira apa yang berlaku, kami telah menang," kata Serena.



Memenangi gelaran juga bermakna kembali ke dunia No. 1, meragut mahkota kembali selepas Angelique Kerber digulingkan tahun terakhir.



Ini merupakan kali pertama sejak Wimbledon 2009 apabila Serena menewaskan Venus. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >