Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1)

Verstappen boleh jadi juara baru - singkir Hamilton - Ahad ini

f1
Dec 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemandu Red Bull Max Verstappen boleh menjadi juara baru perlumbaan kereta Grand Prix Formula Satu (F1) Ahad ini, menyingkirkan juara bertahan Lewis Hamilton daripada Mercedes.



Namun, tidak menghairankan jika persaingan F1 paling sengit dalam beberapa tahun ini berterusan hingga ke Ahad depan - ditentukan hanya pada perlumbaan terakhir musim ini.



Verstappen kini mendahului Lewis Hamilton dengan lapan mata dalam ranking kejohanan musim ini. Dua lawan ini akan berlumba untuk menentukan kedudukan muktamad hujung minggu ini di Arab Saudi dan hujung minggu depan di Abu Dhabi.



Kededuanya tidak begitu biasa dengan litar dua negara Timur Tengah itu, tetapi Verstappen mempunyai sedikit kelebihan kerana masih mendahului ranking dan boleh meluaskan jurang dengan Hamilton jika beliau memenangi perlumbaan di litar jalan raya di Jeddah.



Namun, Hamilton punya pengalaman dan momentum kemenangan. Beliau memasuki ke litar Jeddah hujung minggu ini berbekal dua kemenangan menyakinkan berturut-turut, dan dengan pasukan yang dilihat lebih bertenaga menjelang akhir musim.



Menurut pengamat sukan ini, pertaruhan bagi dua perlumbaan akan datang ini tinggi.



Jika Verstappen memenangi kejuaraan F1 pertamanya, ia mungkin menandakan permulaan satu era baru dan memberi pengesahan akan statusnya sebagai yang terbaik dalam kumpulan pelumba F1 generasi baru. Ia juga menamatkan tujuh tahun yang berjaya bagi Mercedes dalam sukan ini.



Namun, jika Hamilton menang, beliau akan mencatat rekod sebagai pemandu yang memenangi paling banyak kejuaraan F1. Buat masa ini, Hamilton dianggap sebagai pemandu F1 paling berjaya dalam sejarah, berdasarkan bilangan kemenangan di litar dan kedudukan pertama di grid yang dimenanginya pada peringkat kelayakan.



Beliau juga akan mengatasi rekod kemenangan Michael Schumacher jika memenangi kejuaraan F1-nya yang kelapan. Buat masa ini, mereka mempunyai tujuh kejuaraan F1 setiap seorang.



Verstappen akan menjadi juara baru F1 Ahad ini di Jeddah jika beliau mencatat mata terpantas bagi satu pusingan dan Hamilton hanya berdaya menduduki tempat keenam pada akhir perlumbaan.



Beliau juga boleh memenangi trofi F1 musim ini jika memenangi perlumbaan di Jeddah dan Hamilton mengakhiri perlumbaan di tempat lebih rendah daripada keenam.



Jika tidak menang sekalipun di Jeddah dan hanya menduduki tempat kedua, Verstappen akan menjadi juara F1 musim ini jika Hamilton menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih rendah daripada kesembilan.



Jika itu semua tidak berlaku, dua pemandu hebat ini terpaksa berlumba di perlumbaan terakhir di Abu Dhabi bagi menentukan mahkota F1 musim ini milik siapa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >