PROFIL BAKAT MUDA FORMULA SATU
Verstappen menakjubkan
May 30, 2016 | 05:30 AM
DILIHAT daripada sudut mana pun, peningkatan Max Verstappen dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) ini adalah sesuatu yang menakjubkan.
Selepas hanya semusim berlumba dalam Formula Tiga (F3) pada 2014 - bersama pasukan Van Amersfoort Racing - bakat serta potensi pelumba muda yang mewakili Belanda ini menarik perhatian Red Bull yang tidak teragak-agak menyertakannya bersama pasukan keduanya, Toro Rosso pada 2015.