Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1): GRAND PRIX ABU DHABI

Verstappen tepis Hamilton dalam saingan kontroversial

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



ABU DHABI: Pegawai Formula Satu (F1) menolak dua bantahan Mercedes menentang keputusan penentu kejuaraan Grand Prix Abu Dhabi yang kontroversial kelmarin, dengan pasukan itu dijangka membuat rayuan terhadap salah satu daripada keputusan itu.



Max Verstappen mengatasi Lewis Hamilton dari Mercedes untuk mencipta kemenangan yang berjaya mengangkat beliau juara F1 musim ini selepas kereta keselamatan diturunkan pada hujung perlumbaan.



Mercedes berkata pengarah perlumbaan Michael Masi tidak menggunakan peraturan dengan betul.



Pasukan itu telah merancang untuk merayu ke atas keputusan berkaitan memulakan semula perlumbaan bagi pusingan terakhir.



Pegawai berkata peraturan lain memberi Masi kuasa untuk bertindak sedemikian.



Rayuan kedua Mercedes adalah mengenai pemandu Red Bull Verstappen mendahului Hamilton beberapa kali pada pusingan sebelum perlumbaan dimulakan semula.



Mereka bercadang untuk tidak merayu terhadap perkara itu.



Kontroversi utama yang timbul adalah cara Masi membuat keputusan memulakan semula permulaan di permulaan pusingan terakhir.



Sesiapa yang menang perlumbaan itu akan merangkul gelaran juara dan Hamilton telah menguasai keseluruhan perlumbaan selepas mengatasi Verstappen pada permulaan dan dibenarkan mengekalkan kedudukan di depan meskipun memotong kawalan zig-zag (chicane) ketika Verstappen cuba mengatasinya kembali.



Akibat tindakan Verstappen, Hamilton dipaksa memandu keluar dari trek.



Apabila pemandu Willams Nicholas Latifi terhempas dengan baki lima pusingan, kereta keselamatan dikerahkan dan Verstappen masuk ke pit untuk menukar tayar baru.



Hamilton tidak melakukan perkara sama kerana beliau akan hilang kedudukannya di depan.



Ia meletakkan Verstappen di belakang Hamilton dengan tayar yang lebih baru, lebih pegangan (grippier) dan warga Belanda itu mengatasi Hamilton pada pusingan terakhir.



Verstappen, 24 tahun, yang merangkul kejuaraan dunia pertamanya, berkata: "Ia sesuatu yang sukar dipercaya.



"Cita-cita saya ketika kecil ialah menjadi pemandu F1. Anda mengimpikan podium dan kemenangan. Tetapi apabila anda diberitahu bahawa anda ialah juara dunia, ia menakjubkan."



Hamilton, 36 tahun, yang menerima kekalahan itu berkata: "Tahniah kepada Max dan pasukannya."



Juara dunia tujuh kali dari Britain itu berkata: "Kami memberikan segala-galanya pada penamat musim ini dan tidak pernah berputus asa, itu perkara paling penting." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >