MELBOURNE: Juara dunia dari pasukan Red Bull, Sebastian Vettel, memilih pasukan seterunya, Mercedes, untuk memenangi perlumbaan pembukaan musim Formula Satu (F1) di Australia hujung minggu lalu.
Namun, juara sebanyak empat kali dari Jerman itu memberi amaran bahawa Red Bull akan kembali bersaing sebaik saja mereka dapat mengatasi kegenjotan yang dialami semasa persiapan bagi musim baru F1 ini.