Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Vietnam dapatkan Giggs, Scholes dalam usaha layak ke Piala Dunia 2030

Nov 25, 2017 | 05:30 AM



HANOI: Vietnam telah mendapatkan dua legenda Manchester United, Ryan Giggs dan Paul Scholes, bagi membimbing generasi muda pemainnya dalam usaha negara itu melayakkan diri ke Piala Dunia.



Kededua bekas bintang Liga Perdana England itu - yang secara bersama telah membuat hampir 1,500 penampilan bagi United sepanjang tiga dekad - akan menyertai Akademi PVF yang dibuka Isnin lalu dan menjadi pusat tumpuan ke arah usaha Vietnam melayakkan diri ke Piala Dunia 2030.



Di bawah perjanjian selama dua tahun sebagai pengarah bola sepak, Giggs akan bertanggungjawab mengendalikan latihan pemain dan jurulatih setempat di samping mengadakan kunjungan ke akademi yang terletak di luar Hanoi, ujar agensi sukan Redstrike melalui satu kenyataan.



Scholes, yang menyarungi jersi United sebanyak 499 kali, akan berperanan sebagai konsultan yang akan menyelia lapan kakitangan sepenuh masa yang lain.



Giggs memenangi kejuaraan Liga Perdana sebanyak 13 kali dan tampil bagi jumlah rekod sebanyak 963 kali bagi kelab di Old Trafford itu.



Bintang Wales ini juga berpeluang mengendalikan United selama empat perlawanan menyusuli pemecatan pengurus David Moyes pada 2014.



Giggs, yang juga pernah bertugas sebagai penolong pengurus kepada Louis van Gaal tidak lama dulu, bulan lalu berkata bahawa beliau berminat mengisi jawatan pengurus Everton.



Kelab Merseyside itu masih belum menamakan pengurus tetap selepas pemecatan Ronald Koeman.



Vietnam, antara pasukan bola sepak gergasi Asia Tenggara, kini berada di tangga ke-121 ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >