Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA

Vinicius akui saingan sengit untuk dipilih mulakan perlawanan Brazil

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



RIO DE JANEIRO: Penyerang Real Madrid Vinicius Junior mengaku beliau tidak pasti apakah beliau akan bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Brazil menentang Serbia pada 24 November.



Pemain berusia 22 tahun itu akan bersaing dengan Richarlison, Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli, Antony, Raphinha dan rakan sepasukannya di Real, Rodrygo, bagi satu daripada beberapa posisi serangan bersama pemain bintang Brazil, Neymar.



"Saya rasa setiap pemain mahu dipilih untuk memulakan perlawanan," kata Vinicius dalam satu temu duga bersama saluran berita Globo Esporte.



"Memang sentiasa penting untuk mahu memulakan perlawanan, tetapi bagi Piala Dunia, perkara paling penting ialah menjadi sebahagian daripada skuad dan kemudian cuba membantu dalam beberapa cara."



Selepas permulaan lembap di Real apabila beliau menyertai kelab itu pada 2018, bekas pemain Flamengo itu telah berkembang menjadi salah seorang pemain penyerang paling menarik di dunia.



Hasil prestasi konsisten, beliau mencapai tempat kelapan dalam Ballon d'Or 2022. Musim ini, beliau telah menjaringkan 10 gol dan membuat lima assist daripada 21 penampilan dalam semua pertandingan.



Walaupun beliau satu-satunya pemain Brazil disenaraikan dalam kedudukan 10 teratas anugerah berprestij itu, Vinicius tahu tempatnya dalam aksi permulaan skuad Brazil tidak terjamin.



"Sudah tentu saya akan dapat membantu lebih banyak dengan bermain 90 minit dan saya mahu menjadi antara pemain permulaan, tetapi jurulatih (Tite) perlu membuat keputusan dan ada ramai pemain untuk dipilih," katanya.



"Selain 26 pemain yang akan pergi ke Piala Dunia, ramai tersisih dan sentiasa lebih sukar untuk jurulatih daripada pemain." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >