Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PEMAIN DIJANGKA BERI KESAN

Vlasic jadi harapan

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



NIKOLA VLASIC (West Ham)



PENGURUS West Ham, David Moyes pernah berkata beliau berasa kagum dengan kebolehan pemain barunya, Nikola Vlasic, yang ditandatangani pada musim panas lalu.



Vlasic menyertai kelab itu sewaktu jendela perpindahan musim panas lalu dengan bayaran sekitar £25.7 juta ($47.8 juta).



Beliau telah membuat penampilan sulungnya ketika perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Southampton minggu lalu dan mungkin diberi peluang untuk ditampilkan dalam kesebelasan utama apabila berdepan Manchester United malam ini.



Mengulas tentang pemainnya itu, Moyes berkata:



"Kami suka dengan beliau. Bagi kami, beliau merupakan seorang pemain muda yang mempunyai bakat yang besar dan masih berkembang.



"Namun beliau sudahpun mempunyai pengalaman dalam pentas besar setelah ditampilkan bersama pasukan utama Croatia.



"Sejak bersama kami, beliau telah menunjukkan kebolehannya dan kami berharap beliau dapat menjadi seorang pemain yang baik untuk pasukan kami." - Foto REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >