Wajah-wajah arena sukan antarabangsa 2018, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan3

Wajah-wajah arena sukan antarabangsa 2018

Dec 24, 2018 | 05:30 AM

PEMECATAN JOSE MOURINHO @ BOLA SEPAK

Keputusan Manchester United untuk memecat pengurusnya, Jose Mourinho, minggu lalu bukanlah sesuatu yang agak mengejutkan, sebaliknya yang lebih mengejutkan ialah kenapa lembaga kelab di Old Trafford itu mengambil masa yang agak lama untuk mengambil keputusan itu? Musim baru ini yang hampir setengah jalan menyaksikan United terkial-kial dalam setiap perlawanannya. Mereka ketinggalan 19 mata di belakang pasukan pendahulu, Liverpool, selepas 17 perlawanan (tidak mengambil kira keputusan perlawanan menentang Cardiff awal pagi semalam). Ini juga adalah permulaan musim yang paling hambar bagi 'The Red Devils' sejak 28 tahun lalu yang tentu sekali menyukarkan lagi tugas pengurus sementara - bekas legenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer - dalam usahanya menyemarakkan semula perjuangan pasukan bagi merebut empat tangga teratas di akhir musim nanti untuk berpeluang beraksi di medan lumayan Liga Juara-Juara.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map