Topic followed successfully
Go to BHkuWakil lain SG di Tokyo Olimpik dan Paralimpik 2021
Wakil lain SG di Tokyo Olimpik dan Paralimpik 2021
Wakil lain SG di Tokyo Olimpik dan Paralimpik 2021
OLIMPIK
RENANG
JOSEPH SCHOOLING akan sasar mempertahankan pingat emasnya dalam acara renang kupu-kupu 100 meter di Tokyo. Perenang berusia 25 tahun itu akan ditemani rakan sepasukan Quah Zheng Wen yang akan bersaing dalam acara renang kupu-kupu 100 meter dan kuak lentang 100 meter.
TENIS MEJA
CLARENCE CHEW menjadi atlet tenis meja kelahiran Singapura pertama untuk bertanding dalam acara di Sukan Olimpik. Chew, 25 tahun, akan disertai pasukan wanita Singapura merangkumi Feng Tian Wei, Yu Mengyu dan Lin Ye yang akan bertanding dalam acara pasukan perseorangan wanita.
TERJUN
JONATHAN CHAN adalah penerjun pertama Singapura untuk melayakkan diri di Sukan Olimpik. Beliau akan bertanding dalam acara platform 10 meter lelaki.
MENEMBAK
TESSA NEO, 23 tahun, mencipta sejarah pada 2019 apabila beliau menjamin tempat ke Tokyo, iaitu kelayakan pertama negara dalam sukan itu di Sukan Olimpik. Beliau akan bertanding dalam acara refal angin 10 meter wanita.
KAPAL LAYAR
TIGA atlet kapal layar negara telah melayakkan diri ke Olimpik Tokyo. Singapura akan diwakili oleh Ryan Lo (acara Laser Standard lelaki), Amanda Ng (acara kelas RS:X wanita) dan Kimberly Lim dan Cecilia Low (acara 49erFX wanita).
GIMNASTIK ARTISTIK
TAN SZE EN, 20 tahun, menempah tempat kelayakan bagi Olimpik Tokyo di Kejohanan Gimnastik Sedunia pada 2019. Beliau akan menjadi atlet gimnastik kedua Singapura bertanding di temasya sukan itu selepas Lim Heem Wei di Olimpik London 2012.
PARALIMPIK
RENANG
SINGAPURA akan diwakili oleh empat perenang termasuk pemenang pingat emas Paralimpik tiga kali Yip Pin Xiu di Paralimpik Tokyo.
BERBASIKAL
STEVE TEE dan Ang Kee Mengakan mewakili Singapura dalam acara berbasikal para tandem lelaki.
EKUESTRIAN
PASUKAN Singapura pada Februari tahun lalu disahkan sebagai antara pasukan yang bertanding di Paralimpik Tokyo.

