Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Walau terkurung, Solskjaer tetap 'WhatsApp' pemain, bintang Man United 

Apr 01, 2020 | 08:54 AM

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer menghubungi para pemain dan bintang-bintang Manchester United sedang beliau cuba tangani ketidaktentuan yang disebabkan oleh koronavirus.


Liga Perdana England telah ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 30 April ini kerana wabak koronavirus dan dikhuatiri musim 2019/2020 akan ditangguhkan lagi apabila pemimpin dan pemegang taruhan bola sepak England bertemu untuk membincangkan perihal krisis ini Jumaat ini.


Sepanjang tempoh perintah berkurung di Britain, pengurus Man United itu tidak dapat melatih pasukannya secara peribadi. Bagaimanapun beliau kekal berhubungan dengan pemain dan kakitangan menerusi telefon dalam usaha memastikan mereka kekal bersedia sekiranya perlawanan diteruskan.


"Tentu sekali, saya selalunya ketemu mereka setiap hari untuk berjam-jam lamanya, jadi ini berbeza," kata Solksjaer yang ditukil laman kelab tersebut semalam.


"Saya hanya berhubung dengan mereka dalam sesi sembang secara berkumpulan di Whatsapp dan pesanan ringkas, dan kami rancang bila saja kami kembali dan menentukan jenis sesi latihan yang sesuai bila kami mulakan. Tetapi sekarang segalanya tidak jelas dan kita tidak ada sebarang idea dan tidak pasti 100 peratus bila kami boleh mula semula.


"Tetapi itulah satu perkara baik sekarang dengan teknologi dan kami bernasib baik kerana masih boleh berhubungan dan melihat satu sama lain. Kami boleh hantar pesanan dan mendapat balasan dengan pantas, dan adakala kami boleh lakukan dengan cara lama yakni menelefon dan berbual. Jadi kami dapat berhubungan secara kerap."


Buat masa sekarang, Solksjaer menghabiskan masa dengan keluarga sehingga United kembali bermain semula.


"Saya baik. Keluarga pun baik. Salah satu perkara tentang bola sepak ini ialah anda tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga tetapi kali ini anda punya banyak masa untuk bersama mereka," ujarnya. - AFP

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >