Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

Walaupun sudah menang 100 Hamilton masih bersemangat

Oct 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Sukar untuk memberi reaksi kepada kemenangan ke-100 Formula Satu Lewis Hamilton kerana tiada siapa dalam sejarah 71 tahun sukan itu yang pernah mencapai tiga angka kemenangan perlumbaan. 



Antara 2006 dan 2020, Michael Schumacher memegang rekod bagi kemenangan kerjaya paling banyak dengan 91 kemenangan - perbezaan 40 kemenangan daripada rekod yang dicatat sebelumnya dan ia kelihatan tidak dapat dikalahkan ketika Hamilton mula bersaing dalam Formula Satu pada 2007.



Namun, sepanjang tempoh 12 bulan terakhir ini, ia menjadi jelas bahawa Hamilton akan melepasi angka itu.



Bahkan, warga Britain itu juga menentukan semula anggapan mengenai had kejayaan yang mungkin dapat seorang pemandu raih dalam satu kerjaya Formula Satu.



Hamilton, 36 tahun, menjadi pemandu pertama mencapai 100 kemenangan Formula Satu setelah muncul juara di Grand Prix Russia di Sochi dua minggu lalu.



"Ia adalah detik yang ajaib," kata beliau selepas perlumbaan itu.



"Saya hanya boleh bermimpi masih berada di sini dan diberi peluang untuk menang perlumbaan ini dan memandu menentang bakat hebat di hujung kerjaya saya. Kami akan terus membina rentak bersama Mercedes dengan segala yang kami lakukan di litar dan juga di luar litar."



STATISTIK HEBAT



Hamilton telah menang satu perlumbaan dalam semua 15 musim Formula Satu beliau, iaitu pencapaian yang tidak pernah dicatat mana-mana pemandu.



Sebahagian besar daripada kemenangan itu muncul selepas beliau menyertai Mercedes dari McLaren pada 2013 - dan terutama ketika era hibrid baru Formula Satu pada musim seterusnya. Sejak 2014, Hamilton menang 78 daripada 153 perlumbaan.



Beliau juga hanya gagal mencatat kemenangan dua angka sekali dalam tempoh itu, ketika Sebastian Vettel dan Ferrari memberikan persaingan lebih sengit untuk merebut gelaran kejuaraan pada 2017.



Hamilton dan Mercedes mencatat sembilan kemenangan musim itu, namun Hamilton tetap berjaya merangkul kejuaraan dunia keempatnya. Namun juara dunia tujuh kali itu mungkin dicabar untuk meraih 10 kemenangan tahun ini.



Hamilton kini memiliki lima kemenangan daripada 15 perlumbaan dalam pertempurannya bagi kejuaraan 2021 dengan Max Verstappen dari Red Bull. Hanya baki tujuh perlumbaan dalam musim ini.



Justeru, kemenangan di Sochi bukan sahaja bersejarah malah penting, meletakkan Hamilton dua mata di depan musuh ketat Verstappen dalam tangga kejuaraan pemandu.



Di Sochi, Verstappen, 24 tahun, mengakhiri perlumbaan di tempat kedua, diikuti dengan pemandu Ferrari Carlos Sainz.



Hamilton akan berharap menjulang kejuaraan dunia kelapannya pada akhir musim ini - mencipta satu lagi sejarah dalam pencapaian luar biasanya.



BERAPA LAMA LAGI HAMILTON BOLEH TERUS BERSAING?



Walaupun komitmen Hamilton pada Formula Satu dan masa depan jangka panjangnya menjadi tanda tanya beberapa kali sepanjang beberapa tahun terakhir ini - terutama menjelang musim 2021 ketika beliau gagal menyetujui kontrak baru hingga sebulan sebelum permulaan musim - warga Britain itu namun kini terikat bersama Mercedes sehingga hujung 2023.



Hamilton berkata beliau rasa bersemangat dengan pertempuran di litar - terutamanya bersama Verstappen.



Mercedes berharap Hamilton dapat terus bersaing melampaui 2023.



Dalam satu wawancara eksklusif bersama Sky Sports Italy sebelum merangkul kejuaraan ke-100 beliau, Hamilton berkata beliau akan terus bersaing sehingga "semangat" dan "keinginan" beliau berhenti.



"Pastinya ada beberapa kali sepanjang empat atau lima tahun terakhir ini apabila saya fikir, saya tidak tahu sama ada saya mahu meneruskan atau mengorbankan latihan dan kehidupan peribadi saya," katanya.



"Ada perkara lain yang saya suka lakukan, perkara biasa yang saya mahu lakukan...tetapi pada masa yang sama, saya fikir, wow, saya sangat beruntung saya dapat melakukan pekerjaan ini.



"Dalam rancangan keseluruhan yang lebih besar, ia adalah sebahagian kecil daripada hidup anda. Ada masa lama untuk bersara.



"Jadi, saya sedang cuba untuk mencari keseimbangan yang betul. Sekiranya saya masih belum berpuas hati, saya masih boleh melatih diri saya seperti yang saya lakukan semasa saya kecil, yang saya kini sedang lakukan, dan masih berjaya menghasilkan keputusan hebat...maka baiklah saya teruskan.



"Sekiranya saya mula menjadi lebih perlahan, saya tidak pedulikan latihan dan saya tidak rasa bersemangat, maka saya tahu ketika itulah saya perlu berhenti."



Pengarah sukan permotoran Formula Satu Ross Brawn menjangkakan Hamilton untuk terus meraih kemenangan selagi beliau kekal dalam sukan itu.



"Siapa tahu di mana ia akan berakhir?" kata Brawn. "Dia bersama kami untuk sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi - beliau akan menang perlumbaan setiap tahun.



"Saya rasa kita tidak dapat ramalkan 200 kemenangan, tetapi saya rasa kita pastinya boleh ramal 20 lagi kemenangan sebab beliau masih berdaya saing dan bermotivasi.



"Ia menakjubkan dan saya ucapkan tahniah kepadanya, sebab ia adalah 100 kemenangan yang tiada siapa fikir dapat dicapai," tambahnya. - Agensi berita.




KEMENANGAN PALING BANYAK DALAM FORMULA SATU



1) Lewis Hamilton - 100



2) Michael Schumacher - 91



3) Sebastian Vettel - 53



4) Alain Prost - 51



5) Ayrton Senna - 41



6) Fernando Alonso - 32



7) Nigel Mansell - 31



8) Jackie Stewart - 27



9) Jim Clark - 25



10) Niki Lauda - 25




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >