Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Walcot hancurkan impian Sutton dengan bantu Arsenal menang 2-0 dalam piala FA

Feb 21, 2017 | 07:50 AM



LONDON - Theo Walcott menjaringkan gol ke-100 sebagai pemain Arsenal dengan pasukan Arsene Wenger itu menamatkan impian pasukan kerdil Sutton United memburu Piala FA dengan menumpaskkannya 2-0 pada hari Isnin.



Penyerang England itu menambah jaringan awal oleh Lucas Perez dengan Arsenal menunjukkan kesungguhan untuk menang setelah kalah 5-1 di tangan Bayern Munich minggu lalu, dan membuka ruang bagi perlawanan suku akhir dengan satu lagi pasukan bukan liga, Lincoln City.



Sutton berharap dapat mengulangi kemenangan terkenal 1989 mereka ke atas Coventry City, juara Piala FA 19 bulan sebelum ini, tetapi tidak menjadi.



Wenger akan terus menghadapi soalan mengenai masa depannya tetapi, buat masa ini sekurang-kurangnya impiannya untuk memenangi Piala FA ketujuh tidak terjejas.



Beliau membuat tujuh pertukaran kepada pasukan dimalukan Bayern di Liga Juara-Juara, dengan hanya penjaga gawang David Ospina, Shkodran Mustafi, Granit Xhaka dan Alex Iwobi tidak ditukar.



Selepas gol jaringan Perez, Arsenal mengancam akan terus memaparkan pengalaman mereka, dengan Nacho Monreal melepaskan tendangan yang diselamatkan penjaga gawang Sutton, Ross Worner, sedang Walcott dan Alex Iwobi akan rapat.



Tetapi keyakinan berlebihan Arsenal hampir makan diri apabila Sutton dua kali hampir menyamakan kedudukan.



Namun impian Sutton berkecai apabila Walcot menyambut hantaran rendah Monreal dan menyumbatkan gol dari jarak dekat. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >