LONDON: Bukan sekadar penyerang Chile, Alexis Sanchez, tetapi Arsenal hampir pasti akan kehilangan tenaga pemain penyerang England, Theo Walcott, pada tempoh pemindahan pemain bulan ini.
Ini selepas Walcott tiba di Merseyside bagi menjalani ujian perubatan yang akan membuka laluan pemindahannya ke Everton dengan pengurus pasukan bergelar The Toffees itu, Sam Allardyce, meneruskan usahanya mempertajamkan jentera serangan pasukan.