PEMINDAHAN PEMAIN
Wan-Bissaka jadi pemain Man Utd?
Jun 26, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Pemain pertahanan Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka, dilaporkan bakal menjalani pemeriksaan kesihatan di Manchester United, sekali gus meningkatkan spekulasi beliau akan berpindah ke kelab tersebut.
Menurut laman goal.com, Wan-Bissaka dijadual tiba di pusat latihan United di Carrington sepulangnya pasukan nasional bawah 21 tahun England yang kalah dalam kejohanan Eropah di Italy.