Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ARAB SAUDI

Wanita Arab Saudi dibenar tonton bola sepak di stadium

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



RIYADH: Lupakan pemindahan Philippe Coutinho ke Barcelona.



Perkembangan terbesar yang berlaku dalam dunia bola sepak berlaku apabila wanita dibenarkan mengunjungi stadium di Arab Saudi buat pertama kalinya dalam sejarah negara itu bagi menonton perlawanan bola sepak profesional semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Sumber Maklumat Arab Saudi, kaum Hawa akan dibenarkan menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Al-Ahli menentang Al-Batin semalam.



Malah, golongan tersebut juga dibenarkan menyaksikan perlawanan kedua pada hari yang sama dan ketiga pada 18 Januari ini.



Wanita Arab Saudi sebelum ini hanya boleh menonton perlawanan dari kaca televisyen dan akan diberkas jika mereka memasuki stadium.



Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Oktober lalu bahawa larangan tersebut akan dihapuskan, sekurang-kurang bagi tiga stadium di negara itu sebagai permulaan.



Stadium di Riyadh, Jeddah dan Dammam akan mempunyai bahagian khas bagi peminat wanita.



Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah melonggarkan sekatan ke atas wanita selepas pemerintah yang berusia 32 tahun itu membenarkan wanita memasuki Stadium Riyadh pada September lalu bagi meraikan hari kebangsaan negara mereka.



Seorang penyokong bola sepak, Cik Ghadah Grrah tidak dapat menonton pasukan kegemarannya, Al-Hilal beraksi, terutama ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Asia pada 2014, meskipun penyokong wanita daripada pasukan lawan, Western Sydney Wanderers dibenarkan memasuki Stadium King Fahd.



Bagaimanapun, penantian beliau kini berakhir.



Beliau, 22 tahun, memberitahu akhbar The Guardian:



"Amat sukar menonton pasukan yang anda sokong hanya dari televisyen terutama apabila ia merupakan satu perlawanan besar atau akhir, tetapi kini impian saya sudah menjadi kenyataan," jelasnya.



Arab Saudi merupakan pasukan terbesar di Asia setelah merangkul banyak piala di peringkat kelab dan negara.



Pasukan kebangsaan mereka pernah menjejak ke pusingan kedua dalam penampilan sulung mereka di Piala Dunia 1994 dan meraikan kelayakan kelima mereka ke Piala Dunia September lalu.



Keputusan yang diambil Persatuan Bola Sepak Arab Saudi dilihat sebagai satu keputusan yang tidak menentu namun menurut seorang wartawan dari Jeddah, Cik Aseel Bashraheel, keputusan membenarkan wanita masuk ke dalam stadium merupakan sesuatu yang wajar.



"Terdapat ramai penyokong bola sepak wanita di Arab Saudi.



"Ramai teman wanita dan keluarga saya adalah penyokong besar bola sepak.



"Saya telah ke banyak kafe di sekitar Jeddah pada malam perlawanan dan menyaksikan ramai wanita di sekeliling saya menonton perlawanan sambil bersorak bersama suami dan anak-anak mereka.



"Saya juga melihat kegembiraan makcik dan pakcik saya menyokong pasukan berbeza dan kemudian mengusik antara mereka pasukan yang akan menang ataupun kalah," jelas Cik Bashraheel.



Bagi Cik Grrah, langkah ini merupakan satu permulaan yang baik dan penyokong Al-Hilal itu percaya bahawa bola sepak Arab Saudi tidak semata-mata untuk golongan lelaki.



"Wanita di Arab Saudi telah lama terlibat dalam budaya bola sepak, ini tidak pernah hanya untuk kaum lelaki sahaja. Sekiranya seorang wanita berada di stadium bersama suaminya, ayah atau adiknya, para pemain akan lebih bersemangat.



"Kami telah lama menunggu masa ini dan ia adalah satu perasaan baru bagi setiap penyokong. Saya fikir ia akan menjadi satu peristiwa yang luar biasa," ujar beliau. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >