Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLETIK

Warga SG mula sertai acara sukan luar negara

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



PEMBUKAAN semula sempadan antara negara di serata dunia telah membuka peluang bagi penggiat sukan setempat menyertai acara sukan di luar negeri seperti Maraton Gold Coast di Australia.



Sehingga Jumaat lalu, 122 warga Singapura telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan tahunan tersebut.



Namun, jumlah ini lebih rendah berbanding 525 warga Singapura yang menyertai maraton edisi 2019, lapor The Straits Times (ST).



Salah seorang warga Singapura yang telah menyertai Maraton Gold Coast sejak 2009 tetapi tidak dapat berbuat demikian sejak pandemik menular pada 2020 ialah Lim Han Chee.



Lim, seorang pegawai awam, berkata beliau mendaftar bagi menyertai acara tahun ini, yang dijadual berlangsung 2-3 Julai, dengan segera apabila pendaftaran dibuka.



Beliau berkata Maraton Gold Coast istimewa dalam sejarah beliau menyertai perlumbaan maraton kerana beliau pertama kali mencatat masa di bawah empat jam di sana pada 2010.



Menyusuli itu, beliau meraih masa kelayakan bagi Maraton Boston di tempat yang sama pada 2018.



Bercakap kepada ST, Lim berkata suasana sekitar maraton itu juga amat dinikmatinya kerana penduduk setempat akan bersorak untuk memberi rangsangan kepada pelumba.



"Maraton Gold Coast agak istimewa kerana penganjur mencetak nama anda di bib lumba dan penduduk setempat akan meneriak nama anda... membuat perlumbaan itu amat bermakna dari segi peribadi," ujar Lim, yang telah melengkapkan 61 maraton termasuk 30 di luar negara.



"Ia juga satu cara yang baik untuk memberi motivasi kepada pelumba supaya mereka berasa yakin dan senang hati," tambah beliau.



Seorang lagi warga Singapura yang akan menyertai Maraton Gold Coast ialah Christopher Tan, yang akan berlumba dalam acara 10 kilometer buat kali pertama.



Beliau berkata telah menetapkan matlamat melengkapkan larian jarak itu dalam masa 45 minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >