Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Warriors FC julang Perisai Amal selepas atasi Balestier Khalsa 1-0

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Warriors FC julang Perisai Amal selepas atasi Balestier Khalsa 1-0

Mar 01, 2015 | 10:54 PM

JUARA bertahan Liga-S Great Eastern-Yeo's, Warriors FC, membuka tirai musim baru ini dengan langkah kanan, menjulang trofi pertama - Perisai Amal Great Eastern SG50 - selepas menewaskan Balestier Khalsa FC 1-0 di Stadium Jalan Besar yang berakhir baru tadi (1 Mac).

Perlawanan pembukaan musim Perisai Amal Great Eastern SG50 ini yang menemukan juara liga musim lalu, Warriors, pemenang Piala RHB Singapura, Balestier, turut berperanan sebagai perlawanan liga dengan pemenangnya mengaup tiga mata penuh.

Nicolas Velez muncul sebagai wira Warriors apabila gol tunggalnya pada minit ke-27 membezakan kededua pasukan di akhir 90 minit perlawanan yang rancak dan menarik. Ia juga adalah Perisai Amal ketiga bagi Warriors, yang sebelum ini dikenali sebagai SAFFC.

Liga-S yang memasuki tahun ke-20 musim ini menampilkan 10 pasukan - kurang dua daripada tahun lalu selepas Tanjong Pagar United menarik diri manakala dua kelab - Woodlands Wellington dan Hougang United digabungkan menjadi sebuah pasukan.

Turut bersaing ialah skuad muda Courts Young Lions pimpinan Aide Iskandar yang menjadikan kejohanan ini persiapan menghadapi Sukan SEA pada Jun ini nanti.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3