PIALA FA ENGLAND
Watford bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk tewaskan Wolves
Masuk ke final buat kali pertama sejak 1984, temui Man City pada 18 Mei
Apr 09, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Kapten kelab Watford, Troy Deeney, mengiktiraf persembahan tidak menyerah kalah pasukannya selepas berjaya menjejak ke final Piala FA buat kali pertama sejak 1984 selepas kemenangan dramatik 3-2 ke atas Wolves kelmarin.
Pasukan pimpinan Javi Gracia bak hampir menyerah kalah dalam perlawanan separuh akhir itu selepas Wolves mendahului dua gol di Stadium Wembley.