Topik diikuti
Pergi ke BHkuWenger kecewa pemain 'kurang matang'

TERLALU HANDAL: Bintang penyerang Barcelona Lionel Messi (kanan) berlari meraikan gol kedua pasukannya semasa menewaskan Arsenal dinihari semalam. - Foto REUTERS
Feb 25, 2016 | 5:30 AM
Wenger kecewa pemain 'kurang matang'
LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger menuduh barisan pemainnya sebagai "kurang matang" selepas menyaksikan kelab London itu berada di ambang kekecewaan tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Lionel Messi menyambar dua gol bagi memberikan Barcelona kemenangan berharga di Stadium Emirates dalam pertemuan pertama dinihari semalam dengan Wenger hanya dapat mengeluh selepas melihat pasukannya gagal mengikut amaran yang diberikan agar bermain dengan kompak dan tidak memberikan ruang kepada barisan bintang handalan lawan mencari sasaran.