Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Wenger mengeluh pertahanan 'buruk sekali' semasa dibelasah 1-5 oleh Bayern

Nov 05, 2015 | 07:55 PM



MUNICH: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mengecam benteng pertahanan pasukannya yang "buruk sekali" selepas dibelasah 1-5 oleh Bayern Munich dalam satu pertemuan Liga Juara-Juara Eropah dinihari semalam.


Kekecewaan itu - kekalahan ketiganya dalam Kumpulan F - meletakkan anak didik Wenger di ambang tersingkir daripada pusingan kalah mati kejohanan antara kelab-kelab elit Eropah itu.


Dua gol Thomas Mueller serta sentuhan cemerlang Robert Lewandowski, David Alaba dan Arjen Robben memastikan Bayern menang dengan selesa - sekali gus menebus kekecewaan tewas 0-2 kepada Arsenal dalam pertemuan pertama di Stadium Emirates dua minggu lalu.


Bagi Arsenal, keputusan itu menyamai rekod kekalahan terbesarnya di Eropah sebelum ini - tewas 0-4 kepada kelab Italy, AC Milan, di pusingan 16 pasukan terakhir pada Februari 2012.


Penyerang Perancis, Olivier Giroud, menyumbatkan gol sagu hati Arsenal dengan perlawanan tinggal lagi 20 minit, tetapi dengan berbaki dua perlawanan di peringkat kumpulan ini, peluangnya lolos ke pusingan kalah mati tampak tipis sekali, lebih-lebih lagi selepas Olympiakos mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Dinamo Zagreb.


Arsenal dan Dinamo masing-masing mempunyai tiga mata manakala Olympiakos dan Bayern di atas dengan sembilan mata.


Ini bermakna Arsenal tiada pilihan kecuali menang baki dua perlawanannya - di padang sendiri menentang Zagreb dan di padang lawan menentang Olympiakos, di samping mengharapkan Bayern menewaskan kelab Greece itu apabila mereka bertemu di Allianz Arena dalam dua minggu lagi.


"Anda harus memuji Bayern tetapi kami memudahkan tugas mereka kerana benteng kami begitu buruk sekali.


"Kami langsung gagal memberikan saingan... dengan tahap pertahanan yang serupa itu, anda tidak akan ke mana-mana," tambah pengurus asal Perancis itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >