Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Wenger undur diri di akhir penghujung musim

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Selepas 22 tahun sebagai pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri di penghujung musim ini.



"Selepas mempertimbangkan dengan teliti dan berbincang dengan kelab, saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk mengundurkan diri di penghujung musim ini nanti," ujar pengurus asal Perancis itu melalui satu kenyataan yang diterbitkan laman rasmi kelab bergelar The Gunners itu.



"Saya sangat berbesar hati diberi peluang berkhidmat bersama kelab ini untuk satu tempoh masa yang lama yang meninggalkan banyak kenangan indah.



"Saya telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan ketelusan.... saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan, pemain, para pengarah dan penyokong yang menjadikan kelab ini begitu istimewa sekali," tambahnya.



Di bawah bimbingannya, Wenger, 68 tahun, telah menjulang tiga mahkota Liga Perdana, rekod tujuh trofi Piala FA, melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara 2006 selain pasukannya diberi gelaran 'Invincible' selepas tidak mengalami satu pun kekalahan semasa menjuarai liga pada musim 2004. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >