Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Werner tinggalkan Chelsea untuk kembali ke pangkuan RB Leipzig

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Werner tinggalkan Chelsea untuk kembali ke pangkuan RB Leipzig

Aug 11, 2022 | 05:30 AM

LONDON: Kelab Jerman, RB Leipzig, telah memperoleh semula pemain Chelsea, Timo Werner, dengan kontrak tetap - hanya dua tahun selepas pemain itu berpindah ke Liga Perdana England (EPL).

Chelsel membayar kelab itu £45 juta ($74.9 juta) untuk mendapatkan Werner pada 2020, tetapi kini menanggung kerugian kerana akan hanya menerima bayaran £25 juta daripada Leipzig.

Werner, kelmarin, mengumumkan beliau telah menandatangani kontrak perjanjian empat tahun sehingga 2026 untuk menyertai semula bekas kelabnya itu.

"Saya amat gembira kerana kini dapat menyarung jersi RB Leipzig lagi," kata Werner, 26 tahun.

"Saya menikmati pengalaman yang hebat di sini dari 2016 hingga 2020, apabila kami berjaya menarik perhatian ramai sebagai kelab baru dalam Bundesliga. Saya meninggalkan kelab itu sebagai penjaring gol terbanyak.

"Tapi perkara itu telah berlalu dan kini saya kembali sebagai pemain yang lebih matang, sebagaimana kelab itu telah berkembang."

Werner menjaringkan 23 gol dalam 89 perlawanan bagi Chelsea dan memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2021.

Ketika mengikat kontrak dengan Chelsea pada 2020, Werner dianggap sebagai antara penyerang handalan di Eropah dan beliau turut diburu oleh Liverpool, Bayern Munich dan Atletico Madrid.

Ini selepas beliau menjaringkan 95 gol dalam 159 perlawanan bagi Leipzig, selepas berpindah dari Stuttgart. Namun Werner gagal mengulangi kehebatannya sepanjang menyarungi jersi Chelsea sekalipun memainkan peranan penting semasa kempen Liga Juara-Juara yang berjaya Chelsea pada 2021, termasuk menjaringkan gol dalam separuh akhir kedua semasa menentang Real Madrid. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3