Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

West Ham atasi Villa tapi Moyes tak puas hati

Leicester City pula tewas di tangan Fulham 1-2
Dec 02, 2020 | 05:30 AM



LONDON: West Ham mendaki ke tangga kelima dalam Liga Perdana England (EPL) selepas ia menewaskan Aston Villa 2-1 dalam perlawanan penuh drama di Stadium London.



Namun demikian, pengurus West Ham, David Moyes kurang senang dengan persembahan yang dipamerkan anak didiknya.



"Saya lama tepuk kepala dalam permainan itu. Saya rasa kami tidak bermain dengan baik, "kata Moyes.



"Itu bukan tahap yang saya harapkan dari pasukan kami.



Apa sebabnya? Saya rasa Aston Villa bermain dengan baik.



Namum demikian saya lega sedikit kerana kita dapat bertahan. Kami memastikan bahawa kami tidak akan putus asa dan mungkin beruntung sedikit apabila beberapa keputusan berpihak kepada kami," tambah Moyes



Pemain Villa Ollie Watkins menyangka beliau telah menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan tetapi selepas beliau diputuskan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penolong pengadil maya (VAR) yang mengambil masa hampir tiga minit untuk membuat keputusan tersebut.



Ini meskipun Watkins dilihat telah ditarik ke belakang oleh pemain pertahanan West Ham Angelo Ogbonna semasa menjaringkan gol itu.



Ogbonna sendiri memainkan peranan penting dalam kemenangan itu, menjaringkan gol pertama melalui tandukan kencang yang meluru masuk ke gawang Emiliano Martinez seawal minit kedua.



Jack Grealish menyamakan kedudukan bagi Villa selang 20 minit, tetapi Jarrod Bowen berjaya memngembalikan kelebihan kepada pasukan bergelar Hammers itu sejurus selepas babak kedua bermula.



Gol itu bak menghapus semangat Villa yang kembali semarak selepas gol jaringan Grealish itu, yang dirembat masuk dari jarak jauh melepasi tangan Lukasz Fabianski.



Namun, Villa, yang telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut sebelum perlawanan ini, mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol.



Akhirnya kegagalan pemainnya menjaringkan gol-gol itu membawa padah, sehingga ia terpaksa bergantung pada keputusan VAR yang tidak menyebelahinya.



Pengurus Villa Dean Smith mengeluh:



"Kami mempunyai peluang yang cukup untuk menjaringkan lebih dari dua gol dan memenangi perlawanan. Kami hebat. Itulah sebabnya ia sangat menyakitkan,



"Tapi saya tidak akan pulang memikirkan (keputusan) VAR. Ia mengecewakan semua orang."



Sementara itu, West Ham, yang kini telah mengutip paling banyak mata dalam 10 perlawanan pertama dalam tempoh sedekad boleh terus membina momentum dan sifat tidak mahu kalah yang diterapkan David Moyes.



Anak didik Moyes bukan sahaja membelasah Leicester City dan Wolverhampton Rovers, malah mengikat Manchester City dan Tottanham Hotspur.



Kemenangan itu bermakna ia kini hanya empat mata di belakang Spurs dan Liverpool di puncak EPL.



Dalam perlawanan antara Fulham dan Leicester City pula, pengurus Fulham Scott Parker memuji keberanian pemain penyerangnya Ivan Cavaleiro yang menjaringkan penalti di penghujung separuh masa pertama untuk memberi kelebihan dua gol bagi pasukannya pada waktu rehat.



Sebelum perlawanan tersebut, Fulham telah terlepas menjaringkan gol dalam tiga peluang penalti yang diberikan dan Parker berkata Cavaleiro bertindak berani untuk mengambil penalti.



Gol itu menggandakan jaringan selepas Ademola Lookman menjaringkan gol pertama perlawanan.



Secara kebetulan, Lookman ialah pemain terakhir Fulham yang gagal menjaringkan penalti selepas percubaan 'panenka' yang dibuatkan gagal dan bola ditangkap mudah oleh Fabianski dalam perlawanan dengan West Ham pada 7 November.



Pemain gantian Harvey Barnes menjaringkan gol sagu hati bagi Leicester di penghujung perlawanan, tetapi gol itu tidak dapat menyelamatkan pasukan bergelar Foxes itu daripada mengalami kekalahan keempat musim ini dan menghapuskan impiannya menyamai mata Spurs dan Liverpool. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >