Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

West Ham belum putus asa capai impian Liga Juara-Juara

Naik ke tangga kelima liga, tiga mata di belakang Chelsea di tangga keempat, lepas tewaskan Burnley 2-1
May 05, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang West Ham Michail Antonio berkata mereka tidak akan melepaskan impian beraksi dalam Liga Juara-Juara, selepas beliu menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya bangkit menewaskan Burnley 2-1.



The Hammers naik ke tangga kelima Liga Perdana England (EPL), hanya tiga mata di belakang Chelsea di tangga keempat, dengan berbaki empat perlawanan musim ini.



Penalti Chris Wood membuka tirai jaringan buat skuad Clarets namun Burnley gagal menjamin mereka selamat dalam EPL untuk semusim lagi selepas Antonio menjaringkan dua gol dalam tempoh lapan minit.



Kepulangan Antonio daripada kecederaan menjadi faktor penting buat skuad kendalian David Moyes, yang bertarung untuk terus kekal dalam EPL musim lalu.



Pemain Jamaica itu tidak beraksi ketika skuad berkenaan tewas berturut-turut kepada Newcastle dan Chelsea, sekali gus merencatkan usaha West Ham mencari kedudukan empat teratas.



Antonio, yang kembali beraksi setelah empat minggu di tepi padang disebabkan kecederaan hamstring, berkata: "Ini tidak dapat dipercayai. Semua orang mahu bermain di Liga Juara-Juara.



"Saya sudah berada di sini beberapa tahun dan sudah banyak musim kami berjuang untuk terus berada di liga dan sekarang kami mempunyai peluang untuk meraih tempat empat pasukan teratas.



"Kami tidak akan menyerah. Kami akan terus berjuang, terus bergerak ke hadapan."



Sementara itu, Moyes berkata: "Kami akan berjuang hingga ke akhir musim ini. Ia mungkin memerlukan kami memenangi semua baki empat perlawanan nanti.



"Beraksi di pertandingan utama Eropah akan menjadi satu pencapaian besar. Saya rasa saya akan kecewa jika kita gagal mencapai impian kami itu."



Dengan keputusan itu, Burnley kekal sembilan mata di atas zon penyingkiran di tangga ke-16.



Dalam perlawanan lain, West Brom hampir pasti disingkir ke Liga Kejuaraan semula selepas hanya satu musim bersaing dalam Liga Perdana England (EPL), apabila terikat 1-1 dengan Wolves.



Skuad kendalian Sam Allardyce itu kini hanya 11 mata daripada kedudukan selamat, dengan peluang memungut 12 mata bagi baki empat perlawanan musim ini tampak sukar.



Bekas pengurus England itu tidak pernah disingkir daripada liga utama, tetapi skuad Baggies hanya menang empat daripada 22 perlawanan selepas beliau mengambil alih tugas, menggantikan pengendali yang dipecat Slaven Bilic pada Disember lalu.



Salah satu kemenangan itu ialah aksi di tempat lawan ke atas Wolves Januari lalu.



Bagaimanapun, skuad kendalian Nuno Espirito Santo memperoleh semangat untuk membalas dendam selepas tewas kepada West Brom sebelum ini.



Kedua-dua pasukan terpaksa menempuh aksi dalam keadaan hujan lebat, dan tuah seakan tidak memihak kepada tuan rumah pada separuh masa pertama apabila percubaan Kyle Bartley mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Fabio Silva menghidu peluang menjaringkan gol untuk menghadiahkan Wolves gol pembukaan.



Aksi separuh masa dua pasukan itu bermula dengan West Brom meningkat rentak permainan mereka sebelum penyerang West Brom Mbaye Diagne menyempurnakan peluang yang diberikan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-62.



Namun usaha West Brom mencatat kemenangan yang diperlukan tidak kesampaian dan ia kekal di tangga dua dari bawah dalam carta liga.



Keputusan seri pula meletakkan Wolves di tangga ke-12. - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >