Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

West Ham igauan buruk buat Man Utd?

Ole berkeras pasukannya masih 'dalam peralihan' biarpun catat empat kekalahan dalam lima perlawanan; Pallegrini tekankan anak buahnya punya motivasi tinggi, ingin akhiri musim di tangga tertinggi
Apr 13, 2019 | 05:30 AM



MANCHESTER: Empat kekalahan dalam lima perlawanan bukanlah rekod yang diimpikan Ole Gunnar Solskjaer setelah beliau dinamakan sebagai pengerusi tetap Manchester United.



Menyifatkan pelantikan sebagai 'bos' kelab gergasi dunia itu sebagai 'ibarat mimpi', Solskjaer pastinya tidak mahu mimpi indah bertukar menjadi mimpi buruk.



Justeru, pengurus asal Norway itu pasti mahu menjadikan perlawanan menentang West Ham tengah malam ini di Old Trafford sebagai titik mula untuk United kembali dengan persembahan cemerlang yang mendorong lembaga pengarah di Old Trafford memberi kepercayaan kepada beliau memimpin salah sebuah kelab paling terkemuka dunia.



"Saya akur keadaannya boleh lebih baik," ujar Solskjaer mengulas rekodnya sejak diberi jawatan tetap itu.



"Tapi kami masih lagi dalam fasa peralihan, meskipun kami yakin bahawa sebagai sebuah pasukan kami dapat mencapai matlamat yang kami tetapkan," ujarnya.



Mengulas perlawanan menentang West Ham, Solskjaer berkata pasukan London itu kini tidak mempunyai tekanan berlebihan kerana berada di kedudukan selesa di tangga ke-11.



Justeru, mereka lebih bebas dan ini dapat dilihat menerusi persembahan anak buah Manuel Pallegrini itu di padang.



"Mereka pastinya berbahaya. Saya telah bermain dalam banyak perlawanan United-West Ham sebelum ini dan setiap kali ia adalah satu perlawanan penting.



"Sabtu ini sekali lagi ia adalah perlawanan penting bagi kami, mungkin tidak begitu penting bagi West Ham, tetapi penting bagi Man United," ujarnya.



Beliau menambah:



"Jelas matlamat kami ialah untuk mengakhiri musim dalam kedudukan Liga Juara-Juara. Masih ada baki lima perlawanan dan kami berada dua mata di belakang Arsenal di tangga ke-empat.



"Kami hanya boleh menang setiap perlawanan dan kemudian melihat di mana ia membawa kami di akhir musim."



Sementara itu, Pallegrini menekankan anak buahnya tetap mempunyai motivasi yang tinggi meskipun secara realistik tiada apa yang perlu diperjuangkan kelab tersebut.



"Kami mahu meneruskan persembahan baik yang telah kami pamerkan, supaya dapat mengakhiri musim di kedudukan tertinggi yang kami mampu," ujarnya.



Pengurus asal Argentina itu berkata perlawanan di Old Trafford pastinya perlawanan yang istimewa bagi sesiapa sahaja dan merupakan pentas yang unik untuk para pemain menunjukkan kebolehan mereka.



"Saya rasa bermain di Old Trafford, menentang pasukan unggul seperti United, adalah cukup motivasi bagi pemain saya beraksi pada tahap maksimum," tegasnya.



Sementara itu, dalam lain-lain perlawanan, Spurs yang kehilangan penyerang dan kapten pasukan, Harry Kane, kerana kecederaan buku lali yang serius, berdepan dengan Huddersfield dalam perlawanan yang pasti dilihatnya sebagai peluang untuk memperkukuh kedudukannya dalam zon kelayakan bagi Liga Juara-Juara Eropah. - Agensi berita.




"Kami mahu meneruskan persembahan baik yang telah kami pamerkan, supaya dapat mengakhiri musim di kedudukan tertinggi yang kami mampu... Saya rasa bermain di Old Trafford, menentang pasukan unggul seperti United, adalah cukup motivasi bagi pemain saya beraksi pada tahap maksimum."
- Pengurus West Ham, Manuel Pallegrini. "



Saya akur keadaannya boleh lebih baik. Tapi kami masih lagi dalam fasa peralihan, meskipun kami yakin bahawa sebagai sebuah pasukan kami dapat mencapai matlamat yang kami tetapkan... Sabtu ini sekali lagi ia adalah perlawanan penting bagi kami, mungkin tidak begitu penting bagi West Ham, tetapi penting bagi Man United."
- Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >